Skip to content

Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Kongsikan artikel ini

UNIQLO meraikan pembukaan stor terbaharu dan terbesar di Malaysia yang terletak di destinasi beli-belah, The Exchange TRX.

Jenama pakaian global, UNIQLO terus meluaskan penguasaan mereka di Malaysia. Kini, UNIQLO Malaysia melancarkan pembukaan stor terbaharu dan juga terbesar di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah, The Exchange TRX. Outlet terbaharu di Kuala Lumpur ini menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan yang terkini kepada peminat tempatan dan pelancong.

Uniqlo trx

Stor dengan keluasan 38,719 kaki persegi ini terus menjuari falsafah UNIQLO LifeWear, serta dapat meningkatkan pengalaman beli-belah kepada setiap pengunjung. Lokasi yang strategik yang terletak di pusat ibu kota, selain kemudahan pengankutan awam yang tersedia menjadikan ia destinasi yang unggul semua.

Pembukaan stor UNIQLO ke-59 di Malaysia ini mengukuhkan komitmen mereka untuk memberikan semangat LifeWear, seleksi pakaian yang selesa dan bergaya. Dengan tiga aras yang setiap satunya menyediakan himpunan pakaian yang berkualiti dan selesa. Termasuklah pakaian buat lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Berikut adalah 4 perkara menarik yang boleh didapati di stor UNIQLO The Exchange TRX:

1. Desain kolaborasi eksklusif bersama artis local, Shan Shan Lim

Dalam meraikan pembukaan istimewa ini, UNIQLO berkolaborasi bersama artis seni temparan, ShanShan Lim untuk menghasilkan desain UTme! Rekaan ini memberikan peringatan untuk berhubung dengan Bumi. Manakala, ilustrasi flora pula selari dengan komitmen UNIQLO dalam kelestarian alam sekitar.

Uniqlo coffee

2. UNIQLO Coffee

Terletak di aras Concourse, UNIQLO Coffee ini menawarkan seleksi minuman dan snek kepada pengunjung. Boleh dinikmati di sana atau dibawa pulang, pengunjung boleh menikmati campuran kopi signature yang menyelerakan.

3. RE.UNIQLO Studio

Pertama dilancarkan pada November 2022, RE.UNIQLO ini terus mengangkat ekonomi kitaran melalui kitar semula dan 3R – Repair, Reuse dan Recycle.

Uniqlo Malaysia

4. 3UT dan UTme!

Ruang pada aras pertama stor ini didekasikan seleksi kemeja-t UNIQLO UT yang menampilkan motif daripada ikon budaya pop yang popular. Termasuklah KAWS, Disney dan inspirasi anime.

UTme! pula menyediakan servis kepada pengunjung untuk memberikan sentuhan personal kepada kemeja-t dan beg tote dengan desain tersendiri atau motif tersedia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Baca lebih lanjut: PENGALAMAN KULINARI JEPUN, THE TABLE KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
cha eun-woo

CHA EUN-WOO MELANCARKAN STOR SKECHERS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

RAY-BAN KINI MEMBUKA STOR TERBESARNYA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut