Skip to content

the table suria klcc

PENGALAMAN KULINARI JEPUN, THE TABLE KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

Kongsikan artikel ini

Destinasi gastronomi signature, The Table yang menampilkan koleksi restoran sajian Jepun autentik dan premium kini dibuka di Isetan Kuala Lumpur, Suria KLCC.

Berita baik buat peminat makanan Jepun di Lembah Klang! Isetan Kuala Lumpur membawakan pengalaman gastronomi terbaharu di Suria KLCC. The Table yang merupakan konsep kulinari unik yang menampilkan koleksi restoran sajian dan minuman Jepun yang autentik dan premium di Isetan Kuala Lumpur.

the oriental park klcc

The Table telah dipopularkan buat pertama kali di Isetan Japan Store yang terletak di pusat beli-belah Lot 10 di Bukit Bintang. Seterusnya, mereka membuka pintu di Isetan The Gardens Mall pada 2022. Kedua-dua lokasi ini menampilkan restoran sedia ada selain konsep baharu untuk menawarkan pengalaman kulinari yang unik kepada pengunjung.

suria klcc

Diterajui oleh restoran flagship The Oriental Park, The Table di Suria KLCC menyajikan pengalaman kulinari sepanjang hari. Terutamanya buat peminat citarasa Asia yang bold dan berwarna. Seleksi hidangan fusion Pan Asian menceduk inspirasi daripada kekayaan cita rasa Jepun, Tahi, Vietnam, dan Malaysia. Setiap hidangan menjanjikan keunikan rasa dengan setiap suapan.

Pengalaman Cita Rasa Jepun Dan Asia

Pengembaraan cita rasa yang menyelerakan ini boleh dimulakan dengan seleksi pembuka selera yang pelbagai. Antaranya Hanoi Lemongrass, Prawn Salad, Tohoku Miso Hummus, Szechuan Yodare Chicken dan Jiaozi Wagyu Gyozas. Hidangan utama pula seperti Wagyu Kelapa Curry, Sushi rolls, Bangkok Chicken dengan Grilled Cabage,  dan Saikyo Miso Salmon. Juga Casablanca Lamb Couscous serta Yakiniku Beef Tagliata.

restoran Jepun

Jangan lupa untuk mencuba pemanis mulut seperti Gainduja Chocolate, Sunshine Granita, Coconut Semifreddo dan Bask Cheesecake yang menjadi signature di The Table. Lengkapkan kujungan dengan seleksi minuman mocktail yang menyegarkan. Antaranya Oriental Spice, Tochigi Chamomile, Phulae Colada dan Singapore Harvest bersama minuman smoothie Pisang Ara Shake, Melaka Susu dan Kale in KL.

makanan

The Oriental Park menampilkan seni dekorasi dan suasana yang sofistikated dan selesa. Lebih-lebih lagi dengan latar pemandangan tasik dan taman KLCC yang menjadikan ia lokasi yang cukup ikonik. Kini, The Oriental Park disertai oleh bakeri Shoku Park dan Sushi Azabu di The Table di Isetan KLCC.

 

Baca lebih lanjut: PUTERA MATEEN SELAMAT DIIJAB KABUL DENGAN DAYANG ANISHA ROSNAH

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Lush Malaysia

LUSH MALAYSIA LANCAR STOR KE-10 DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI

MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA

Bacaan Lanjut

RAIKAN AKHIR TAHUN DENGAN FESTIVE OMASAKE DI NOBU KL

Bacaan Lanjut

CITA RASA TRUFFEL OSUSUME DI NOBU KL

Bacaan Lanjut