Skip to content

PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Kongsikan artikel ini

MENJELANG TAHUN KEEMPAT BELAS KL FASHION WEEK, FESYEN SENTIASA BEREVOLUSI, NAMUN KECAMAN TETAP MENGIRINGI.

Sejurus jadual Minggu Fesyen Kuala Lumpur diumumkan, perbualan di platform media sosial seperti Instagram dan Threads kembali hangat mengenai pemakaian pakaian thrifted di KL Fashion Week. Ini bukan kali pertama acara tersebut menjadi sasaran cemuhan, sama ada daripada orang awam mahupun penggiat industri fesyen sendiri.

Kali ini, tumpuan terarah kepada satu persoalan: wajarkah pakaian thrifted dipakai ke KL Fashion Week?

Apa itu fesyen?

Pereka fesyen legenda Dapper bersama penyanyi rap LL Cool J dalam jaket Gucci custom.

Sebelum perbincangan dimulakan, mari kita imbas kembali maksud di sebalik istilah fesyen. Fesyen, sebagai definisi, menggambarkan penciptaan pakaian, kasut, aksesori, kosmetik, dan barang kemas daripada pelbagai estetika budaya. Unlike science, sifat fesyen bukan faktual. Malah, ia merupakan satu bentuk seni. As Blair Waldorf said it best, “Fashion is the most powerful art there is. It’s movement, design, and architecture all in one. It shows the world who we are and who we’d like to be.”

Setiap individu hadir daripada kelompok masyarakat yang berbeza, mempunyai nilai yang berbeza, dan menampilkan ekspresi diri dengan cara yang berbeza. Dalam apa jua aspek termasuklah fesyen, paradoks menjadi tunjang semula jadi. Ada yang menjulang maksimalisme manakala ada yang mengutamakan minimalisme. Disebalik jenama dan simbol status, fesyen menampilkan nilai, budaya, dan yang paling utama, ekspresi diri. Oleh itu, memautkan terma fesyen secara eksklusif pada jenama-jenama mewah tidak menepati definisi fesyen.

Thrifting dalam fesyen

Thrifting bukanlah satu budaya yang baharu. Sudahkah kita lupa akan legasi fashion legends? Dapper Dan, misalnya, yang membina nama menggunakan teknik dekonstruksi monogram untuk pakaian streetwear. Atau Martin Margiela, bersama komponen tidak konvensional dan ketidaksiapan yang disengajakan. Tidak dilupakan juga Virgil Abloh, yang meniti jarak antara high fashion dan streetwear di Off-White dan Louis Vuitton. Semua ini suatu ketika dahulu dianggap pendekatan yang radikal buat fesyen. Namun, fashion is whatever you want it to be— termasuklah politikal.

Kini, terdapat beberapa faktor yang kekal mendorong populariti thrifting terutamanya bagi golongan Gen Z. Antaranya adalah sustainability, keindividuan, dan kemampuan. Thrifting terbukti memerlukan visi yang tajam, kreativiti, dan attention to detail. Ia jugat amat memakan masa, memandangkan saiz, warna, dan rekaan yang terhad.

Tambahan lagi, Emma Chamberlain, ikon fesyen dan hos utama livestream Vogue di Met Gala selama tiga tahun berturut-turut, juga sentiasa meluahkan rasa cintanya terhadap budaya thrifting. Pengasas Chamberlain Coffee itu bahkan tidak lekang membuat thrift hauls di platform YouTube malah sentiasa memberi tips membeli-belah vintaj.

Jadi, wajarkah memakai baju thrifted di KL Fashion Week?

Sama ada baju anda dithrift, dibuat, ditempah, atau dibeli, semuanya layak mendapat kerusi di minggu fesyen. Keberanian dalam menunjukkan ekspresi diri, bagi GL, adalah erti fesyen yang sebenar. Dengan berbaki dua minggu sehingga tibanya KL Fashion Week, let’s bring it on!

Artikel berkaitan: PEMERGIAN PENGARAH ARTISTIK LOUIS VUITTON, VIRGIL ABLOH MENGUNDANG DUKA DUNIA FESYEN

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PEREKA FESYEN BAHARU WAJIB TONTON DI KLFW26

5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
ADAKAH KLFW DI KLCC PARK SATU LANGKAH YANG BIJAK?

ADAKAH SAMBUTAN KLFW DI KLCC PARK SUATU STRATEGI BIJAK?

Bacaan Lanjut
10 MODEL LELAKI YANG BAKAL BERADA DI KLFW 2026

10 MODEL LELAKI YANG BAKAL BERJALAN DI PENTAS FESYEN KLFW 2026

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut