HIMPUNAN PENAMPILAN TOM HOLLAND DI PRESS TOUR FILEM ‘THE ODYSSEY’
GAYA SEGAK MINIMALIS TOM HOLLAND BAGI TAYANGAN PERDANA ‘THE ODYSSEY ‘ MEMBUKTIKAN SATU PERKARA: ERA BAHARU BUAT PELAKON ITU SUDAH BERMULA.
Semestinya kita semua maklum tentang gaya avant-garde karpet merah Zendaya yang sentiasa mencuri perhatian. Namun bagi suaminya, Tom Holland, sartorial rapi minimalis menjadi pilihan utama. “Apabila kami mula-mula berbual tentang larian filem ini, Tom bersedia untuk melakukan sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini,” kata Crystalle Cox, penata gaya Tom Holland. Mereka berdua telah bekerjasama selama beberapa tahun setelah bertemu melalui Zendaya dan penata gaya legendanya, Law Roach.
The Odyssey bakal menunjukkan watak utama Spider-Man mentafsirkan Telemachus, putera muda Ithaca, bersama barisan pelakon A-list Robert Pattinson, Anne Hathaway, Matt Damon, Lupita Nyong’o, Charlize Theron, dan isterinya, Zendaya. Lihat semua penampilan penuh Tom Holland di The Odyssey world premiere menjelang tayangan filem itu pada 17 Julai.
Prada
Bagi The Odyssey photocall pertama di London, Tom Holland menggayakan baju tersuai daripada Prada. Rona earth-tone itu dilengkapi dengan tali pinggang minimal dan kasut daripada Christian Louboutin.
Gieves & Hawkes
Gieves & Hawkes merealisasikan moto mereka sebagai The World’s Most Esteemed Tailor pada sut tersuai untuk Tom Holland. Disebalik fitting sut yang kemas dan timeless itu, terpaut sulaman tersembunyi yang bertulis The Odyssey dalam morse code, tanda ketukangan pakaian yang terperinci.
Balenciaga
Siap tiba di Paris, Tom Holland mengenakan baju coklat custom Balenciaga oleh Pierpalo Piccioli. Rupa itu dilengkapi dengan aksesori kasut daripada Christian Louboutin dan kaca mata hitam daripada Jimmy Fairly.
Anderson & Sheppard Bespoke
Bagi tayangan di teater Le Grand Rex di Paris, Tom Holland memakai sut custom dua tona daripada Anderson & Sheppard Bespoke. Baju dalam bewarna hijau zaitunnya pula adalah daripada AMI Alexandre Mattiussi, dilengkapi tali leher dari Charvet.
Jacquemus
Tom Holland membawa gaya mewah Perancis ke Mumbai dengan menggayakan Jaquemus daripada koleksi “Le Palmier”. Bajunya tampak lebih nipis dan berangin, seiring dengan kepanasan cuaca. Kaca mata hitam daripada Jimmy Fairly dan kasut bertapak merah daripada Christian Louboutin.
Fear of God
Walaupun jenama Fear of God sering digandingkan dengan streetwear, penampilan Tom Holland di tayangan perdana kota New York membuktikan sebaliknya. Pelakon 30 tahun itu memaparkan minimalis in full gear, dengan penampilan serba hitam dan tanpa sebarang aksesori.
Artikel berkaitan: PENAMPILAN PERTAMA MATT DAMON SEBAGAI ODYSSEUS UNTUK FILEM THE ODYSSEY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN
Pasangan popular Hollywood ini bertemu sewaktu sama-sama membintangi filem trilogi Spider-Man pada 2016.
JUSTIN TRUDEAU & HRITHIK ROSHAN ANTARA LELAKI TERKACAK 2023, SIAPA DI TANGGA TERATAS?
Laman sesawang TechnoSports mendedahkan nama 10 lelaki paling tampan dari pelbagai negara dan latar belakang berbeza.
5 RAKAN SELEBRITI YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN KETARA
Sama seperti cinta, persahabatan sejati tidak mengenal paras rupa, warna kulit, bentuk fizikal malah ketinggian.
ANTONIO BANDERAS SERAH ‘TOPENG’ KEPADA TOM HOLLAND
Antonio Banderas mengakui tidak teragak-agak untuk menyerahkan ‘obor’ yang dipegangnya selama tujuh tahun kepada bintang Uncharted itu.
15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD
Tahukah anda Tom Cruise pernah ditawarkan watak fantasi ikonik daripada filem popular, "Edward Scissorhands" yang pernah dipopularkan oleh Johnny Depp?
ALASAN MENGAPA TOM HOLLAND UMUM BEREHAT DARIPADA MEDIA SOSIAL
Tom Holland berkongsi kegusarannya bersama peminat menerusi satu klip video berdurasi tiga minit yang dimuat naik di Instagram.











