TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN
Selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta, Tom Holland dan Zendaya dikhabarkan sudah pun berbincang untuk memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka.
Satu sumber terdekat mendedahkan pasangan itu telah bersedia untuk bergelar suami isteri. “Antara mereka sudah ada perbincangan tentang perkahwinan. Ini realiti,” katanya.
Tom dan Zendaya bertemu sewaktu sama-sama membintangi filem trilogi Spider-Man pada 2016. Sejak itu mereka mula menjalin hubungan cinta namun memilih untuk merahsiakannya daripada pengetahuan umum.
“Mereka bukan jenis yang suka menayang kebahagiaan dan mempamer kehidupan sebenar di media sosial. Kedua-duanya mementingkan privasi dan tidak selesa menjadi tumpuan khalayak,” tambah sumber.
Tom Holland dan Zendaya Beli Aset Pertama
Dua tahun lalu pasangan ini memberi petunjuk mahu hidup bersama selamanya apabila membeli kediaman pertama mereka yang bernilai lebih RM16 juta.
Ia terletak di Richmond, kawasan kejiranan kelas atasan di mana selebriti terkenal seperti Mick Jagger dan Angelina Jolie turut memiliki kediaman di situ. Lokasinya dikatakan tidak jauh dari South West London, tempat di mana Tom dilahirkan dan dibesarkan.
“Mereka sangat teruja dengan pembelian pertama mereka sebagai pasangan kekasih. Mereka amat mencintai satu sama lain dan mahukan kediaman pertama di London, tempat di mana Tom membesar. Semua orang gembira dengan keputusan mereka,” jelas sumber.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: ANTONIO BANDERAS SERAH ‘TOPENG’ KEPADA TOM HOLLAND
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER
Walaupun ada ura-ura mengatakan Timothee Chalamet dan Kylie Jenner telah berpisah, hakikatnya jalinan cinta antara mereka semakin mekar dan kukuh.
AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU
Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 26 September lalu.
JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG
Justin Bieber dan Hailey Bieber selamat menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Jack Blues Bieber pada 23 Ogos lalu.
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON
Baru-baru ini tular berita yang mengatakan bahawa pasangan itu telah pun berpisah dan membawa haluan masing-masing. Apakah kebenarannya?
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH
Pasangan sama cantik sama padan ini baru saja menerima kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka.
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?
Gigi Hadid hadir ke acara itu dalam persalinan kuning Miu Miu yang diinspirasikan daripada sut Wolverine, watak lakonan Hugh Jackman.