Skip to content

EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU

EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU

Kongsikan artikel ini

Eminem memberi kejutan mengembirakan buat peminat apabila mengumumkan pelancaran album baharu, The Death of Slim Shady (Coup de Grace).

Perkara tersebut dikongsi sewaktu Eminem membuat kemunculan istimewa di NFL Draft 2024 di kampung halamannya di Detroit, Michigan. Bintang berusia 51 tahun itu muncul bersama Pesuruhjaya NFL, Roger Goodell kala mereka memulakan Mesyuarat Pemilihan Pemain Tahunan.

Tidak lama kemudian tular sebuah treler yang menunjukkan seorang wartawan jenayah palsu mengumumkan kematian alter-ego penyanyi itu, Slim Shady.

“Melalui kata berimanya yang berbelit lidah, kompleks dan sering menjadi bahan kritikan, anti-wira yang dikenali sebagai Slim Shady mempunyai senarai musuh yang panjang,” katanya. Rakan sekutu lama Eminem, 50 Cent kemudiannya tampil sebagai kameo dan berkata, “Dia bukannya kawan, dia psikopat.”

Wartawan itu meneruskan laporan berita dengan berkata, “Lirik ganas dan kelakuan penuh kontroversi mungkin menjadi penyebab kematiannya. Teruskan bersama saya kala kami mencipta semula kejadian yang membawa kepada pembunuhan Slim Shady.”

Pelantun lagu Venom itu sendiri turut membuat kemunculan dan berkata, “Saya tahu perkara ini akan terjadi kepada Slim suatu hari nanti.”

Pengaruh Personaliti Kedua Eminem, Slim Shady

Bapa kepada tiga cahaya mata itu melancarkan album terakhirnya, Music to Be Murdered By pada Januari 2020. Ia meraih kejayaan luar biasa, mengungguli tangga teratas dalam carta Billboard 200. Lagu Godzilla yang menampilkan Juice Wrld memuncak ke kedudukan ketiga dalam carta Hot 100.

Slim Shady telah lama menjadi alter ego Eminem, sejak pelancaran Slim Shady EP pada 1997 dan The Slim Shady LP dua tahun kemudian. Karakter itu sering ditampilkannya untuk menyampaikan lirik ganas dan agresif, sehingga dia digelar penyanyi rap kontroversi sejak permulaan kerjayanya. Antara lagu yang dihasilkan menerusi karakter Slim Shady termasuk Guilty Conscience, ‘97 Bonnie & Clyde dan Kill You.

Album ke-12 penyanyi itu, The Death of Slim Shady (Coup de Grace) dijangka menemui peminat pada musim panas 2024.

 

Foto: People

Pautan berkaitan: EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI

HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI

Bacaan Lanjut
SELAMAT BERNIKAH, INI FAKTA MENGENAI SUAMI MIZZ NINA

SELAMAT BERNIKAH, INI FAKTA MENGENAI SUAMI MIZZ NINA

Bacaan Lanjut
#ALPHAMEN2021 MK K-CLIQUE

MK K-CLIQUE BAKAL MENDIRIKAN RUMAH TANGGA JUMAAT INI?

Bacaan Lanjut
THIS IS JOHAN LIVE IN CONCERT: JOE FLIZZOW BAKAL TAMPILKAN KELAINAN

THIS IS JOHAN LIVE IN CONCERT: JOE FLIZZOW BAKAL TAMPILKAN KELAINAN

Bacaan Lanjut
PEMBERIAN ISTIMEWA DARIPADA TYGA BUAT CINTA HATI BARU, AVRIL LAVIGNE

PEMBERIAN ISTIMEWA DARIPADA TYGA BUAT CINTA HATI BARU, AVRIL LAVIGNE

Bacaan Lanjut
BUKTI PERCINTAAN BAD BUNNY & KENDALL JENNER TERSEBAR

BUKTI PERCINTAAN BAD BUNNY & KENDALL JENNER TERSEBAR

Bacaan Lanjut