HILANG 25KG BERAT BADAN, POST MALONE HANYA AMALKAN SATU RAHSIA INI
Post Malone mencuri perhatian ramai selepas berjaya menurunkan berat badan yang banyak dengan melakukan satu perubahan kecil.
Penyanyi rap itu berkongsi mengenainya ketika menjadi tetamu podcast Joe Rogan baru-baru ini. Dedah Post Malone, dia hilang hampir 30 kilogram berat badan dengan hanya menyingkir minuman soda daripada dietnya.
Dia membuat keputusan untuk menjadi lebih sihat dan memantau pemakannya setelah bergelar bapa tahun lalu. Daripada 109 kilogram, berat badannya kini hanya 84 kilogram.
“Minuman soda sangat buruk untuk kesihatan. Ia sangat sedap, tetapi kesannya sangat buruk,” katanya. Akuinya kepada Joe Rogan, dia masih menikmati Coca-Cola sekali-sekala namun mengambilnya secara bersederhana. “Jika persembahan saya di pentas hebat, saya akan raikannya dengan segelas Coke bersama ais,” katanya.

Foto: Getty Images
Penampilan Fizikal Post Malone Mencetus Tanda Tanya
Awal tahun ini peminat meluahkan kebimbangan setelah melihat perubahan drastik pada susuk pelantun Sunflower itu. Bagaimanapun pada bulan April, Post Malone memuat naik satu hantaran di Instagram untuk meyakinkan mereka bahawa dia kini berasa lebih baik.
“Saya ingin memberitahu anda, saya tidak mengambil dadah. Ramai orang bertanya tentang penurunan berat badan saya dan persembahan saya di atas pentas. Saya sangat seronok membuat persembahan dan tidak pernah berasa lebih sihat daripada sekarang ini.
“Rasanya status bapa mula mendominasi hidup saya. Saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengambil minuman soda dan menjaga pemakanan supaya boleh hidup lebih lama untuk anak saya. Seterusnya saya mahu tinggalkan rokok dan minuman keras, namun ia mungkin akan mengambil masa kerana saya jenis penyabar,” selorohnya.
Penyanyi berusia 28 ini menimang puteri sulungnya pada Mei 2022. Dalam temu bual bersama hos podcast Call Her Daddy, dia berkata kebimbangan terbesarnya kini adalah jika tidak dapat melihat anaknya membesar di depan mata.
Foto: Metro
Pautan berkaitan: JUNGKOOK DEDAH RAHSIA DAPATKAN SIX PACK UNTUK DEBUT SOLO, SEVEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT
Lebih 70% golongan dewasa mengabaikan penjagaan kaki yang akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan apabila usia semakin meningkat nanti.
HENRY GOLDING KINI BAPA KEPADA DUA CAHAYA MATA
Dalam diam-diam aktor Crazy Rich Asians, Henry Golding telah pun menyambut kehadiran anak keduanya bulan lalu.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!
5 SENAMAN KAKI YANG PATUT ANDA LAKUKAN DI GYM
Ia tidak selalunya menyeronokkan tetapi quote terkenal kata, anda tidak boleh sekali-kali skip rutin senaman kaki. Lagipun, kaki anda merupakan separuh badan anda dan senaman kaki yang betul boleh menyumbang penampilan lebih terbentuk.
KENALI APA ITU ANGIN PASANG LELAKI & CARA MERAWAT BERKESAN
Angin pasang lelaki berlaku apabila organ atau tisu lemak terhimpit melalui tempat lemah pada otot sekeliling atau tisu penghubung yang dipanggil fascia. Ia sering berlaku di mana dinding perut lebih lemah, seperti di perut atau pangkal paha, dan boleh mempunyai pelbagai sebab.
POST-SENAMAN: 5 PERKARA PERLU DIELAKKAN
Post-workout adalah keadaan selepas anda tamat melakukan senaman di gim. Jadi elakkan dari melakukan perkara-perkara ini agar hasil senaman anda tidak sia-sia.