KLFW 2026: SIAPA PEREKA YANG BAKAL MENAWAN KUALA LUMPUR TAHUN INI?
KLFW 2026 kembali dengan barisan pereka fesyen tanah air yang memainkan peranan besar dalam dunia fesyen di Malaysia.
Peminat dunia fesyen tempatan boleh mula menandakan kalendar. Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW 2026) bakal kembali berlangsung selama tujuh hari. Bermula 3 hingga 9 Ogos 2026, mereka hadir dengan edisi ke-14. Acara tahunan yang diasaskan oleh Andrew Tan ini terus menjadi platform utama meraikan bakat pereka fesyen Malaysia. Sambil itu, mereka memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen serantau.
Slogan “A Week of Looks” Jadi Tumpuan
Menerusi kempen awal yang diperkenalkan di media sosial, KLFW 2026 tampil dengan slogan “A Week of Looks”. Mereka sekali gus memberi gambaran bahawa minggu fesyen kali ini bakal meraikan pelbagai gaya, identiti dan ekspresi dalam dunia fesyen. Selain itu, KLFW 2026 turut memperkenalkan kempen “Fashion Express” bersama slogan “All Aboard The Fashion Express. Next Stop: ISETAN KLCC.” Ia memberi bayangan bahawa ISETAN KLCC bakal sekali lagi memainkan peranan penting tahun ini.
Jadual Rasmi KLFW 2026
Tahun ini, nama-nama pereka yang cukup dikenali tetap mewarnakan KLFW 2026. Manakala ada juga nama baharu dan yang sudah lama tidak dilihat. Jangan lupa set kalendar anda berdasarkan jadual KLFW 2026 mengikut pereka kesukaan anda!



Barisan Pereka Tempatan KLFW 2026
Seperti biasa, KL Fashion Week terus menjadi platform utama buat nama-nama besar industri mempersembahkan koleksi terbaharu mereka. Antara pereka dan jenama yang telah disahkan menyertai edisi tahun ini ialah Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Kit Woo, Masyadi Mansoor, Fairuz Ramdan, Behati, dan banyak lagi. Selain menampilkan koleksi daripada pereka mapan, KLFW 2026 turut memberi ruang kepada label-label baharu untuk memperkenalkan hasil rekaan mereka kepada pemain industri, pembeli, media dan pencinta fesyen.
Penaja dan Rakan Kolaborasi
Tahun ini, KLFW 2026 sekali lagi mendapat sokongan daripada pelbagai rakan strategik yang memperkukuhkan kedudukannya sebagai acara fesyen utama negara. Antara rakan rasmi yang diumumkan termasuk Suria KLCC sebagai Official Venue, Buy Malaysian selaku Principal Industry Strategic Partner serta OMODA | JAECOO sebagai Official Auto Partner. Selain itu, L’Oréal Paris sebagai Official Makeup & Beauty Partner, L’Oréal Professionnel, Panasonic Beauty, Moccona, Gentle Supreme, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Shangri-La Kuala Lumpur serta ISETAN KLCC. Kerjasama ini mencerminkan komitmen pelbagai jenama dalam menyokong perkembangan industri fesyen Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Dengan lokasi yang ikonik, kempen kreatif serta pelbagai aktiviti yang dijangka berlangsung sepanjang minggu fesyen, KLFW 2026 dilihat bersedia untuk sekali lagi menjadi acara fesyen paling dinantikan di Malaysia.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026
Terokai 5 pereka dan label fesyen lelaki muda yang wajib anda tonton tahun ini, daripada Huntilanak hingga MSYD.











