UNIQLO SEREMBAN 2: PEMBUKAAN ROADSIDE STORE PERTAMA
UNIQLO Seremban 2 dibuka sebagai akses yang lebih mudah buat koleksi LifeWear untuk semua peminat jenama fesyen Jepun ini.
Jenama fesyen global UNIQLO terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan roadside store pertamanya di Seremban 2, Negeri Sembilan. Sebagai butik tepi jalan keenam jenama ini di Malaysia, lokasi baharu ini mencerminkan komitmen berterusan UNIQLO. Komitmennya ialah untuk menjadikan pakaian harian berkualiti tinggi lebih mudah diakses. Selain itu, mewujudkan peluang pekerjaan tempatan, dan menyokong komuniti melalui falsafah utamanya, LifeWear.
“Sempena sambutan ulang tahun ke-15 UNIQLO di Malaysia tahun ini, kami terus memberi tumpuan untuk berkembang bersama pelanggan kami. Ia dengan menawarkan pakaian berkualiti tinggi dan berfungsi yang lebih mudah diakses. Pembukaan UNIQLO Seremban 2 adalah sebahagian penting dalam pelan pengembangan strategik kami di Malaysia. Ia mencerminkan komitmen kami terhadap komuniti setempat dan merupakan satu lagi langkah dalam misi kami untuk menjadikan LifeWear boleh diakses oleh semua,” kata Rie Aramoto, Ketua Pegawai Operasi UNIQLO Malaysia.
Pembukaan Sempena Ulang Tahun Ke-15 UNIQLO
Pembukaan ini juga berkait rapat dengan pencapaian penting jenama ini, ulang tahun ke-15 UNIQLO di Malaysia. Sejak memasuki pasaran pada tahun 2010, UNIQLO telah berkembang secara berterusan di seluruh negara. UNIQLO menawarkan pakaian harian yang direka dengan teliti dan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia. Kedai baharu di Seremban 2 ini bukan sahaja meluaskan jejak perniagaan UNIQLO, tetapi juga merupakan sambutan kepada 15 tahun pertumbuhan bersama.
Terletak secara strategik di tengah-tengah Seremban 2, UNIQLO ini berkeluasan sekitar 12,000 kaki persegi, menawarkan pengalaman membeli-belah yang luas dan selesa. Direka dengan mengambil kira keperluan komuniti, ia dilengkapi dengan tempat letak kereta yang luas dan susun atur mesra semua tanpa anak tangga. Ini menjadikannya mudah diakses oleh semua, termasuk keluarga dengan stroller, warga emas, dan individu kurang upaya.
Roadside store moden dan luas ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian LifeWear UNIQLO yang berkualiti tinggi dan selesa. Sama ada untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Pelanggan boleh menerokai koleksi bermusim terkini, termasuk pakaian asas serba guna, pakaian aktif inovatif, dan pakaian kasual bergaya.
Penglibatan Komuniti Penting Buat UNIQLO
Selaras dengan usaha berterusan jenama ini untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan memperkukuh penglibatan komuniti, dua tumpuan utama sepanjang 15 tahun perjalanan di Malaysia. UNIQLO akan terus mengembangkan sumbangannya melalui lebih banyak aktiviti berasaskan komuniti, inisiatif alam sekitar dan usaha derma. Di butik Seremban 2, pelanggan juga boleh menyertai inisiatif mesra alam seperti kitar semula pakaian UNIQLO terpakai. Ia boleh disertai melalui program RE.UNIQLO, demi menyumbang kepada masyarakat yang lebih mampan.
Menegaskan lagi komitmen ini, UNIQLO turut bekerjasama dengan pihak tempatan untuk menjalankan inisiatif pembersihan di PPR Cempaka, mencerminkan kepercayaan jenama. Pembukaan UNIQLO Seremban 2 ini menandakan satu lagi langkah dalam perjalanan tersebut, membawa LifeWear lebih dekat kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan mengukuhkan hubungan jenama ini dengan kawasan kejiranan di seluruh negara.
Pautan Berkaitan:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NADI COPENHAGEN DAN ATHENS, INSPIRASI UNIQLO
UNIQLO memperkenalkan koleksi Spring/Summer LifeWear 2025 yang pratonton eksklusif di OneBangsar dengan bertemakan Modern Neo Classic.
UNIQLO: C HADIRKAN KOLEKSI LELAKI
September nanti, UNIQLO bakal hadirkan koleksi UNIQLO:C musim luruh 2024 dengan istimewanya baju-baju menarik untuk lelaki.
UNIQLO RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA BUNGA DAN BINTANG
UNIQLO sambut Merdeka dengan koleksi UTme! Eksklusif, menampilkan rekaan berinspirasi budaya Malaysia bersama Bunga dan Bintang
OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
GLAM Lelaki mengemukakan panduan "OOTD" yang perlu anda memiliki untuk memastikan anda sentiasa tampil bergaya dan menawan.
KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN
GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan urban di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa, ringan dan bergaya.
5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR
Dengan keadaan cuaca yang sentiasa panas dan lembap, UNIQLO Malaysia memperkenalkan Miracle Air, koleksi pakaian workwear yang ringan, selesa, bebas-kedut dan cepat kering untuk mengelevasi gaya profesional anda ke pejabat.