Skip to content

ALAMI 2 FESTIVAL PALING UNIK DI THAILAND NOVEMBER INI

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Thailand yang telah menerima hampir 1 juta pengunjung dari Malaysia sehingga 7 Oktober 2022 akan menganjurkan dua festival unik tiba November ini.

Thailand sudah dikenali sebagai destinasi pelancongan popular dengan pesisiran pantai yang indah, landskap alam semula jadi, seleksi makanan yang menyelerakan serta seni kebudayaan yang mempersonakan. Jika anda merancang untuk terbang ke Thailand, anda boleh mengalami pengalaman unik daripada dua festival di Chiang Mai pada November ini.

Dikenali sebagai “Rose of the North”, Chiang Mai yang terletak di bahagian utara Thailand terkenal dengan warisan Lanna, kehijauan alam dan tokong penuh sejarah, serta komuniti kesenian yang kreatif. Ia juga menempatkan antara dua festival paling unuk di Thailand – Loy Krathong dan Yee Peng.

 

Loy Krathong – The Festival of Light

Loy Krathong atau dikenali sebagai Festival Cahaya menandakan berakhirnya musim hujan di Thailand. Bermula 800 tahun lalu ketika Sukhothai Kingdom dan walaupun ia bukanlah perayaan keagamaan, masyarakat Thai meraikan dewi air Phra Mae Khongkha untuk memohon kemaafan, dan tanda terima kasih dengan melimpahkan air sepanjang tahun.

Nama festival ini dipetik daripada perkataan terapung (loy), iaitu ‘bot’ yang dicahayakan dengan lilin (Krathong) di atas air. Ia memberikan simbol seperti melepaskan nasib malang yang dahulu dengan membiarkan ia terapung, manakala lilin pula mewakili setiap harapan untuk tahun hadapan. Masyarakat Thai turut meletakkan duit syiling sebagai simbol rezeki.

Ketika festival nanti, krathong ini akan banyak dijual di pasar lokal di sekitar Chiang Mai.

 

Yee Peng (atau Yi Peng) – Sky Lantern Festival

Asalnya ia muerpakan satu festival tersendiri, tetapi kini Yee Peng dirakan bersama festival Loy Krathong. Ianya unik di utara Thailand dan akan diadakan pada awal musim sejuk di Thailand. Sebuah festival yang cukup meriah, ribuan masyarakat Thai akan berkumpul dan melepaskan tanglong kertas (khom loi) ke langit malam yang merupakan sebahagian tradisi Lanna Kingdom pada kurun ke-13 lagi.

 

Tanglong akan dijual di jalanan dan mudah untuk didapati ketika berlangsungnya festival.

Bilakah kedua-dua festival ini akan berlangsung?

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
muu bangkok hotel

MUU BANGKOK HOTEL – DESTINASI PERCUTIAN MEWAH PALING COOL DI BANGKOK

Bacaan Lanjut
Thai Cave Rescue

KAPTEN BOLA SEPAK YANG TERSELAMAT DALAM ‘THAI CAVE RESCUE’ MENINGGAL DUNIA

Bacaan Lanjut

KUALA LUMPUR MENDUDUKI TEMPAT #2 DESTINASI PERCUTIAN TERSOHOR DUNIA

Bacaan Lanjut
10 PENGINAPAN JEPUN PALING DIGEMARI OLEH PELANCONG SELURUH DUNIA

10 PENGINAPAN JEPUN PALING DIGEMARI OLEH PELANCONG SELURUH DUNIA

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

Bacaan Lanjut