ASICS SNEAKER EX89™ MENGEJUTKAN GAYA KASUT KLASIK
PERINCIAN ‘COURT’ KLASIK. DIIMAGINASIKAN SEMULA UNTUK GAYA JALANAN. DIINSPIRASIKAN OLEH KASUT BOLA KERANJANG 1980-an, ASICS KINI MEMPERKENALKAN KASUT SNEAKER EX89™.
ASICS SportStyle dengan bangganya mengumumkan pelancaran kasut EX89™. Gaya ini telah diilhamkan oleh kasut bola keranjang GEL-EXTREME dari tahun 1989 dan diubah menjadi reka bentuk potongan rendah. Ia pada asalnya dicipta oleh Toshikazu Kayano sebagai projek reka bentuk pertamanya bersama ASICS. Mungkin lebih terkenal dengan siri kasut larian GEL- KAYANO™ beliau, reka bentuk ikonik ini pula telah menempa sejarah, sebuah detik penting yang telah mencetuskan momentum kemajuan teknologi untuk kasut ASICS.

Pada akhir 1980-an, kebanyakan kasut bola keranjang berprestasi dilitupi dengan warna asas putih. Namun, antara generasi terawal kasut EX89™ iaitu GEL-EXTREME menjadi salah satu ‘pemberontak’ pertama yang muncul dengan warna terang penuh bertenaga, yang dipengaruhi oleh pakaian seragam pasukan bola keranjang. Musim ini, kasut ini kembali dengan reka bentuk tradisional yang diperbuat daripada kulit dan dipadankan dengan palet warna yang mengutamakan semangat pasukan. Selain itu, model yang dikemas kini juga akan boleh didapati dengan pelbagai versi yang diubah suai dengan bahan buatan sesuai dengan gaya hidup moden.

Mengimbas kembali era sewaktu kasut ini beraksi di gelanggang, ia direka dengan teknologi GEL™ untuk penyerapan impak semasa melompat atau melantun. Kini, perincian ini dibina semula dengan reka bentuk tumit dan sistem kusyen FF BLAST™. Ciri-ciri ini membantu sneaker EX89™ kekal lebih ringan dan lebih selesa untuk gaya hidup harian.

Kayano mengambil inspirasi daripada lawatan perniagaan pertamanya ke Amerika Syarikat pada tahun 1987 untuk mencipta tapak luaran kasut tersebut. Reka bentuknya bertujuan untuk mencerminkan pemandangan susun rangka sebuah bandar apabila dilihat dari atas. Pada akhir 1980-an, reka bentuk ini telah menghasilkan daya cengkaman yang lebih baik semasa pergerakan pantas dan hentian mengejut di atas permukaan kayu keras.
ARTIKEL BERKAITAN: LEVI’S® MENGINOVASI DENIM 501® DEDIKASI MUSIM PERCUTIAN 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25
Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian
GLAM LELAKI X KAHF BEYOND VIBES: TIM TIAH, LEBIH DARIPADA SEKADAR SEORANG USAHAWAN
Bagi Tim Tiah, kejayaan bukan sekadar tentang membina sebuah syarikat, tetapi tentang mengenali dirinya sendiri.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?
Daniel Sher berkongsi erti menjadi ketua ALPHA dan cabaran menyatukan tujuh personaliti dalam satu kumpulan.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
5 LAGU KOLABORASI JAY PARK BERSAMA ARTIS MALAYSIA
Nama Jay Park dalam dunia hip-hop Korea Selatan semestinya besar, termasuklah di Malaysia dengan kolaborasi yang hebat.











