T.O.P BIGBANG SERTAI MISI ANGKASA LEPAS DEARMOON
Ahli kumpulan BigBang, T.O.P bakal menyertai perjalanan ke angkasa lepas pada tahun hadapan bersama SpaceX, syarikat aeroangkasa milik individu kedua terkaya dunia, Elon Musk.
Ia merupakan sebahagian daripada dearMoon iaitu projek pelancongan angkasa lepas dan seni yang dirancang oleh Yusaku Maezawa, bilionair dan pengasas pusat beli-belah atas talian terbesar Jepun, ZozoTown.
Beberapa hari lalu Yusaku mendedahkan senarai penumpang utama dan lapan lagi penumpang terpilih yang bakal menaiki kapal angkasa Starship bersamanya dalam misi mengelilingi bulan.
Selain T.O.P, tujuh lagi artis yang tersenarai adalah penerbit dan DJ Amerika Steve Aoki, personaliti YouTube Tim Todd, pereka tari Czechia Yemi Ad, jurufoto Ireland Rhiannon Adam, jurufoto Britain Karim Illya, pembikin filem Amerika Brendan Hall dan aktor India Dev Joshi.

Foto: Instagram
Tags
Artikel Yang Berkaitan
16 JENIS FOBIA YANG DIALAMI AHLI KUMPULAN BTS
Jungkook dilaporkan fobia dengan bunyi ketuhar gelombang mikro, bagaimana pula dengan ahli kumpulan BTS yang lain?
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
PETUNJUK KOLABORASI JUNGKOOK BTS & JUSTIN BIEBER
Sebuah video yang memaparkan aksi Jungkook BTS sedang merakam lagu di studio Los Angeles baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
SUGA BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA BAHARU NBA
Satu demi satu tuah menyebelahi ahli kumpulan BTS dan terbaharu, Suga dipilih menjadi duta National Basketball Association (NBA).
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.