Skip to content

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

Kongsikan artikel ini

Kereta lambang status terbaru, Tesla Cybertruck kini menjadi kegilaan di kalangan bintang Hollywood.

Selebriti popular seperti Kim Kardashian, Jay-Z dan Justin Bieber dilihat memandu kenderaan itu beberapa bulan lalu. Pada bulan Mac, pemuzik Steve Aoki memasuki senarai pemilik Tesla Cybertruck diikuti dengan Katy Perry pada bulan ini.

Di sebalik hype itu, sesetengah pakar mempersoalkan sama ada ia adalah rancangan pemasaran besar yang didalangi Tesla sendiri selepas pelancarannya pada penghujung 2023. Walau apa pun, sokongan selebriti berprofil tinggi nampaknya memihak kepada syarikat kenderaan elektrik itu.

Siapakah antara selebriti yang memiliki Tesla Cybertruck?

 

Kim Kardashian merupakan antara selebriti terawal yang menjadi pemilik Cybertruck. Februari lalu, dia memuat naik foto kenderaan miliknya di Instagram Story berserta kapsyen, “Cool Carpool Mom”.

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

Foto: X

 

Justin Bieber dan isteri, Hailey Bieber dirakam menaiki kenderaan terbaru Tesla ini ke gereja.

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

Foto: OFuxico

 

Jay-Z dan Beyonce juga memiliki Cybertruck yang ditukar kepada warna hitam pusam. Khabarnya modifikasi itu mendapat kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

Foto: Clean Energy Revolution

 

Pada bulan Februari, Lady Gaga dilihat memandu keretanya kala membeli kopi di Malibu.

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

Foto: Backgrid

 

Sebuah video yang dikongsi Elon pada bulan Mac menunjukkan Steve Aoki mendapat Foundation Series Cybertruck. Pemuzik itu menggelarnya ‘Cyberbeast’ berikutan saiznya yang besar.

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

Foto: Supercar Blondie

 

Pada akhir Februari, Bad Bunny dirakam menaiki Tesla Cybertruck di Utah dan berkongsi video kenderaan miliknya di Instagram.

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

Foto: Instagram

 

Sebulan sebelum itu, Pharrell Williams dilihat cuba meletakkan trak kesayangannya itu di kawasan parkir di Miami, namun gagal.

12 SELEBRITI TERKENAL YANG BERGELAR PEMILIK TESLA CYBERTRUCK

Foto: Roxana Gonzalez

 

Dalam satu perkongsian di Instagram, Katy Perry merakam foto di hadapan Cybertruck miliknya dan mengucapkan terima kasih kepada Elon atas penghantaran. “Looks good,” balas Elon.

Foto: Instagram

 

Al Pacino berada di tempat duduk penumpang kala teman wanitanya memandu Tesla miliknya keluar dari hotel The Peninsula, Beverly Hills pada penghujung Mac.

Foto: Backgrid

 

Kanye West dilihat menaiki Cybertruck di sekitar Los Angeles baru-baru ini.

Kanye West Trades His Toyota Mega Cruiser for a Cybertruck - autoevolution

 

Foto: Beamstart

Pautan berkaitan: LIONEL MESSI PEMILIK KOLEKSI KERETA TERMAHAL DUNIA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ELON MUSK, INDIVIDU PERTAMA DI DUNIA KERUGIAN RM881 BILION

ELON MUSK, INDIVIDU PERTAMA DI DUNIA KERUGIAN RM881 BILION

Bacaan Lanjut
T.O.P BIGBANG SERTAI MISI ANGKASA LEPAS DEARMOON

T.O.P BIGBANG SERTAI MISI ANGKASA LEPAS DEARMOON

Bacaan Lanjut
MEGHAN MARKLE DIKAITKAN DENGAN INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA, ELON MUSK

MEGHAN MARKLE DIKAITKAN DENGAN INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA, ELON MUSK

Bacaan Lanjut
“SAYA MEMBANTU KRISIS KEKURANGAN PENDUDUK” - ELON MUSK TIMANG ANAK KE-10

“SAYA MEMBANTU KRISIS KEKURANGAN PENDUDUK” – ELON MUSK TIMANG ANAK KE-10

Bacaan Lanjut
“SAYA MEMBANTU KRISIS KEKURANGAN PENDUDUK” - ELON MUSK TIMANG ANAK KE-10

PUNCA SEBENAR ANAK ELON MUSK MEMOHON UNTUK MENUKAR NAMA DAN JANTINA

Bacaan Lanjut
ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD

ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD

Bacaan Lanjut