Skip to content

Pembukaan butik pertama Roger Dubuis di Pavilion Kuala Lumpur

NO RULES, OUR GAME

Kongsikan artikel ini

Pembukaan butik pertama Roger Dubuis di Pavilion Kuala Lumpur

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto ROGER DUBUIS

Roger Dubuis, pencipta mahakarya arloji yang rumit ini membuka gerbang butik perdananya. Sekali gus, menyuntik konsep butik Maison yang terkini, menjadikannya yang pertama di Asia Tenggara.

Pembukaan butik pertama Roger Dubuis di Pavilion Kuala Lumpur

Mengambil lokasi di pusat beli-belah Pavilion di Kuala Lumpur, butik utamanya itu mempamerkan ketukangan rumah arloji yang tiada tandingan dalam mengolahkan arloji bersusuk rekaan hiper ekspresif.

Saat melangkah ke butik, pengunjung bakal disambut dalam dunia hiper Maison. Lalu dijemput untuk menelusuri kod radikalnya. Artis Malaysia, Jun Ong yang terkenal dengan karya seni yang mengangkat seni cahaya ditugaskan untuk menciptakan instalasi arca bercahaya buat paparan di salah satu dinding butik terbarunya.

Karya seni yang mengukirkan nama Roger Dubuis, ia memberi penghormatan buat kreadibilitinya setelah bertahun menguasai kemasan perinciannya yang terlaksana serba kilau. Secara tidak langsung, meraikan kreativiti juga kemahiran ketukangan pembuatan jam yang spektakuler.

https://youtu.be/EBFbUKMshnk

Bagi meraikan pembukaan butiknya, seutas jam tangan baharu dilancarkan dalam tayangan perdana dunia di Malaysia pada awal tahun 2023. Lantas, menemukan cara eksklusif buat mereka yang tidak gentar dalam menghargai reka bentuk Roger Dubuis yang tersendiri, disruptif dan berani.

Pautan berkaitan: TAMBOUR TWENTY PENAKLUKAN ARLOJI TERHEBAT LV

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025

Bacaan Lanjut

HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE

Bacaan Lanjut
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut
KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut