PATUNG LILIN PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DIANGGAP MENGERIKAN
Sebuah muzium lilin di Poland dikecam di media sosial kerana memaparkan patung Putera William dan Puteri Kate Middleton yang dikategorikan sebagai gagal.
Walaupun patung Putera dan Puteri Wales itu telah lama wujud, ia menjadi tular baru-baru ini selepas dikongsi oleh pempengaruh bernama Becka Blackburn di TikTok, yang sehingga kini telah meraih lebih 14 juta tontonan. “Ayuh ikut saya ke muzium lilin terburuk di Poland. (Cuba untuk tidak ketawa),” tulisnya.
Untuk makluman, Krakow Wax Museum — yang kini memperoleh hanya satu daripada lima bintang di TripAdvisor — menjadi bahan ketawa seluruh dunia kerana menampilkan patung tokoh tersohor yang langsung tidak menyerupai wajah asal mereka.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FESYEN PILIHAN PUTERA WILLIAM DAHULU HINGGA KINI
Pendekatan fesyen Putera Wales agak santai ketika muda, jauh berbeza dengan pilihan gayanya kini.
6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN
Selain Permaisuri Camilla, lihat beberapa lagi individu biasa yang bergelar kerabat Diraja Britain melalui ikatan perkahwinan.
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER
Lebih sebulan berehat untuk memberi fokus pada rawatan kanser, monarki Britain akhirnya membuat penampilan awam pertamanya sempena Easter.
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM
'Sudah jatuh ditimpa tangga' - itulah peribahasa tepat untuk menggambarkan keadaan pewaris takhta Britain, Putera William sekarang ini.
6 PASANGAN KERABAT BRITAIN YANG BUKAN DARI KALANGAN DIRAJA
Selain Camilla, Kate Middleton dan Meghan Markle, lihat beberapa lagi rakyat biasa yang bergelar kerabat Diraja Britain melalui ikatan perkahwinan.