Skip to content

Island Lush Goldfield & Banks

GOLDFIELD & BANKS, WANGIAN UNTUK LELAKI EKSKLUSIF DARI AUSTRALIA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Sensual dan eksotik, Island Lush daripada rangkaian Botanical Series oleh jenama wangian Australia, Goldfield & Banks akan menyerlahkan sisi lelaki alpha hari ini.

Bila berbicara tentang rumah wangian yang utama, anda mungkin akan berfikir mengenai negara Perancis. Serta juga negara-negara di Eropah bukan? Tetapi tahukah anda Australia juga mempunyai jenama minyak wangi yang berkualiti. Goldfield & Banks adalah rumah wangian eksklusif dari Australia yang boleh dicuba oleh lelaki alpha hari ini.

Goldfield & Banks

Goldfield & Banks merupakan jenama yang menerajui industri minyak wangi di Australia. Ia diasaskan oleh Dimitri Weber yang berkatarkan Perancis-Belgium. Seperti pengembara sebelumnya, dia jatuh cinta kepada keindahan botanikal dan keunikan lanskap. Dimitri menghasilkan rangkaian wangian bukan sahaja untuk lelaki, terapi gender-free yang menggunakan elemen Australia dalam memberikan penghormatan kepada keunikan benua tersebut.

Botanical Series ini membiaskan pengembaraan pertama pakar botanikal, Joseph Banks ke Australia pada 1770. Beliau telah menjumpai pelbagai spesies flora yang baharu. Lantas, rangakain wangian daripada Goldfield & Banks ini menyerlahkan penceritaan yang mewah dan tidak diduga.

Island Lush Goldfield & Banks

Dengan mengangkat kelestarian alam sebagai asas, koleksi ini menggunakan kepakaran yang ada di Australia dalam seni botanikal. Setiap haruman daripada rangkaian Botanical Series ini mempunyai haruman yang tersendiri dan asli, dalam membiaskan keindahan dan kakayaan sumber emas di Australia.

 

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NICHE PERFUME TERBAIK UNTUK LELAKI 2025: BAU EKSKLUSIF & FRESH

Bacaan Lanjut
5 WANGIAN WOODY UNTUK HARI BAPA PILIHAN GLAM LELAKI

5 WANGIAN WOODY UNTUK HARI BAPA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

Bacaan Lanjut
Wangian Lelaki

WANGIAN LELAKI YANG MENJADI SEBUTAN LELAKI GEN Z

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut
minyak wangi Lelaki

5 MINYAK WANGI TERBAHARU BULAN INI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut