Skip to content

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Kongsikan artikel ini
1 of 5

HACKETT LONDON MENERUSKAN KOLABORASINYA BERSAMA PELUMBA KERETA PROFESIONAL & JUARA DUNIA FORMULA 1, JENSON BUTTON. KHAS MUSIM INI, MENAMPILKAN JENSON BUTTON KEMBARA KE SAFARI DALAM KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2023 HACKETT LONDON. SEMAK LIMA IDEA GAYA DARI JENSON BUTTON, LANTAS DIRANCANG SESUAI DENGAN KEHIDUPAN LELAKI ALFA. 

Hackett London baru sahaja melancarkan kempen terbaharu dedikasi koleksi musim bunga/panas 2023. Yang menampilkan pemandu luma legenda Britain dan Juara Dunia Formula 1, Jenson Button. Berakar pada konsep “Our Twist” daripada siri kempennya sebelum ini, koleksi ini membawa kita ke destinasi yang jauh, dalam pengembaraan safari bersama rakan-rakannya. Satu pengalaman kembara yang menyeronokkan lagi mempesona dengan keindahan safari.

Kata Jenson Button, “Jujurnya, ini merupakan sesi penggambaran kempen yang paling menakjubkan pernah saya alami.” 

Button turut dilihat memakai beberapa helaian kegemarannya dari koleksi musim ini, termasuk Hackett Velospeed yang klasik dan jaket safari bercorak bernada vintaj, sekaligus mencadangkan penampilan kembara yang sempurna. Sesuai dengan ‘mood’ kempen yang mengetengahkan percutian di Afrika. Rona hijau zaitun, ecrus dan fabrik linen menjadi fokus utama dalam rangkaian berinspirasikan safari ini, dengan penekanan pada fungsi dan elegansi pada seluruh koleksi. 

Dirakam oleh jurugambar Charlie Gray dan arahan konsep oleh agensi Dentsu Creative, pemandangan yang menakjubkan mencetus rasa kagum, pengembaraan dan pelarian yang hanya boleh ditemui di alam haiwan. 

Gaya klasik British oleh Hackett kekal menginovasi koleksi musim ini. Dan pemakaiannya dalam persekitaran yang berbeza itu, membuktikan keupayaan jenama itu mengadaptasi sebarang keadaan. 

Semak lima idea gaya dari Hackett London & Jenson Button

  1. Dua sepatu pilihan untuk gaya formal

1 of 5

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’

Bacaan Lanjut

PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN

Bacaan Lanjut

DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL

Bacaan Lanjut
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

Bacaan Lanjut