CARHATT WIP & AWAKE NY BERSATU KEMBALI
MENCAMPURKAN KOD GAYA UTILITARIAN YANG SIGNIFIKAN BUAT CARHATT WIP DAN CETAKAN GRAFIK DARI AWAKE NY, LANGSUNG MENGHADIRKAN HIMPUNAN PAKAIAN MUSIM BUNGA. KEUNIKAN DUA REFERENSI DARI KREATIVITI DAN INOVASI BERTEMU, DENGAN KEKUATAN YANG TAK TERTANDINGI-MENYATUKAN KOMUNITI FESYEN SEMASA.
Carhatt WIP mengungkapkan bahawa kerjasama dengan Awake NY dapat menjadi medium untuk menghubungkan dunia fesyen semasa. Koleksi ini adalah cara yang menarik dan kreatif bagi penggemar untuk mengekspresikan cinta mereka pada identiti gaya dari kedua jenama ‘streetwear’ tersebut.
Koleksi ini mengusung nuansa warna biru cair, hijau pekat, hamilton brown dan hitam. Warna-warna ini dipilih untuk merepresentasikan hangatnya sinar matahari pada awal musim bunga dan segarnya musim panas.
Antara rekaan yang menarik ialah jaket Aktif OG yang telah diolah semula untuk menampilkn penjenamaan bersama bersulam dan motif bunga lakaran Awake NY. Grafik berulang ini telah digunakan pada Awake NY Double Knee Pant dan baju panas berhud, serta jaket Teddy yang diinspirasikan oleh stail kampus, yang menampilkan material kulit tiruan pada bahagian lengan, lencana grafik dan sulaman huruf.
Selain jaket varsity dan kardigan, turut terdapat kemeja, celena longgar, kemeja T asas hingga seluar dengan volume yang segar dan flowy, serta siluet utiliti sesuai dengan ciri khas dari kedua jenama tersebut.
Koleksi Carhatt WIP X Awake NY terdapat di butik Carhatt WIP, Pavilion KL.
Carhatt WIP X Awake NY

Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI CONTENT CREATOR DAN PEMINAT FESYEN LELAKI, SYABIL YUSOP
GLAM Lelaki tertarik dengan kemunculan pencipta kandungan baharu, Syabil Yusop. Yang hadir dengan gaya peribadi tersendiri. Cita rasa fesyennya yang ringkas, selesa dan segar bukan sahaja mudah didekati, malah mampu menjadi sumber inspirasi buat lelaki masa kini. Kenali lebih dekat Syabil Yusop dan sisi peribadinya sebagai pencipta kandungan. Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan anda dalam…
FROM THE STREETS: 5 JENAMA LOKAL BERGAYA ON POINT
Lima jenama lokal yang membawa nafas baharu kepada streetwear Malaysia dengan gaya berani dan penuh karakter.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.













