APAKAH KELEBIHAN ADICLUB BUAT PEMINAT ADIDAS DI MALAYSIA?
Ahli adiClub di Malaysia akan mendapat pelbagai ganjaran, serta menyertai adiClub Members Week yang akan diadakan pada 27 April hingga 7 Mei 2023.
Apakah adiClub ?
Dalam meningkatkan pengalaman bersama peminat adidas di Malaysia, adiClub diasaskan untuk meningkatkan interaksi bersama setiap ahli. Ia juga bertujuan untuk memberikan ganjaran atau reward kepada ahli sambil melakukan apa yang mereka minat.
Ahli adiClub Malaysia akan mendapat pelbagai ganjaran apabila mereka mengeksplorasi empat peringkat keahlian kelab eksklusif ini. Antara kelebihan yang hadir bersama keahlian ini termasuklah akses kepada koleksi terbaharu, jemputan dan tiket kepada acara yang diadakan, promosi khas buat ahli dan banyak lagi.
Ahli juga berpeluang untuk mengumpulkan mata yang boleh digunakan nanti.
Pendaftaran = 50 mata
Profil lengkap = 50 mata
Mata bonus hari jadi = 500 mata
Untuk setiap pembelian, ahli kelab akan menerima 4 mata untuk setiap RM10 pembelian. Ahli juga akan berpeluang untuk menyertai sesi Latihan dan acara yang diadakan oleh adidas. Ahli baharu pula yang berdaftar melalui adidas.com.my atau aplikasi adidas akan mendapat baucar 15% selepas memasuki Level 1.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL
GLAM Lelaki telah berkolaborasi bersama adidas untuk sesi penggayaan GL Gang x adidas pada 30 September yang lalu.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
ADIDAS ORIGINALS TAMPIL KOLEKSI EKSKLUSIF UNTUK HAIWAN PELIHARAAN
Adidas Originals kini memperluas empayar streetwear mereka ke dunia haiwan peliharaan. Masa untuk si comel flex bersama anda!
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI
Headphone sebagai item fesyen bergaya terkini pilihan ramai. Ia akan menambah elemen yang lebih menyerlah dalam persalinan harian. Penggunaan fon kepala, atau headphone sangat penting untuk kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Kini, headphone bukan sekadar alat untuk mendengar lagu tetapi juga satu item fesyen yang menjadi pelengkap gaya. Terdapat pelbagai jenama headphone…
ADIDAS X ZALORA POP-UP: MELANGKAH KE THE ORIGINALS
Kolaborasi adidas x ZALORA dengan penuh hangat berada di tengah ibu kota Kuala Lumpur demi menyambut rekaan klasik adidas Originals.
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.