INGIN ‘DILAHIR’ SEMULA, THE WEEKND UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NAMA PENTAS
The Weeknd akhirnya memenuhi keinginan untuk mengucap selamat tinggal kepada nama pentasnya.
Dua hari lalu, The Weeknd secara rasmi menukar namanya di Instagram dan Twitter kepada nama sebenar, Abel Tesfaye. Keputusan ini dibuat tidak lama selepas artis itu meluahkan hasrat untuk tidak lagi menggunakan nama pentas selepas pelancaran albumnya yang akan datang.
Katanya kepada W Magazine awal bulan ini, “Saya kini sedang melalui fasa katarsis. Sudah tiba masa dan tempat yang sesuai untuk saya menutup bab The Weeknd. Saya tetap akan menghasilkan muzik, mungkin sebagai Abel, mungkin sebagai The Weeknd. Tetapi saya tetap mahu ‘menguburkan’ The Weeknd. Dan saya akan melakukannya. Saya mahu menyingkirkannya dan dilahirkan semula.”

Penyanyi, penulis lirik dan aktor itu menambah, kemungkinan kali terakhir dia menggunakan nama pentasnya adalah untuk album terbarunya. “Album yang sedang saya usahakan sekarang mungkin adalah yang terakhir saya sebagai The Weeknd. Ini adalah sesuatu yang saya perlu lakukan. Sebagai The Weeknd, saya telah katakan segalanya yang saya mahu katakan.”
Bintang berusia 33 tahun itu mula menghasilkan muzik dalam talian secara anonymous pada tahun 2009 sebelum menggunakan nama pentas Noise dan Kin Kane. Dia akhirnya memilih nama The Weeknd dan meraih kemasyhuran pada awal 2010-an.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.











