SUGA BTS & HALSEY JALIN KERJASAMA BUAT KALI KETIGA
Kolaborasi melibatkan penyanyi dari dua benua, Halsey dan Suga BTS tidak pernah gagal mengujakan peminat. Justeru tidak menghairankan jika mereka terus menghasilkan lebih banyak projek bersama.
The Game Awards baru-baru ini mendedahkan bahawa mereka akan bekerjasama menghasilkan versi baharu lagu nyanyian Halsey, Lilith. Ia bakal menjadi sebahagian daripada runut bunyi untuk permainan Blizzard akan datang, Diablo IV. Video muzik rasmi bakal dilancarkan pada 5 Jun 2023 namun teaser telah pun dikongsikan bersama peminat baru-baru ini. Klip berdurasi 20 saat itu menarik penonton ke dalam landskap gelap dan ngeri di mana Halsey muncul sebagai protagonis Diablo IV, Blessed Mother Lilith.
https://youtu.be/PXxUivbc4jk
“Banyak perkara yang diraikan hari ini – hasil kerja daripada pasukan luar biasa kami, lagu rasmi Diablo IV baru daripada Halsey, dan para pemain yang memasuki visi penuh Diablo IV buat kali pertama. Ini adalah kemuncak kerja keras selama bertahun-tahun. Kami sangat teruja untuk melihat pemain menyertai dan menjadi sebahagian daripada Sanctuary bersama kami,” kata pengurus besar Diablo, Rod Fergusson.
Halsey pernah mempersembahkan lagu Lilith di Game Awards 2022 yang berlangsung di Microsoft Theater di Los Angeles pada Disember lalu. Dikeluarkan buat kali pertama dalam album If I Can’t Have Love, I Want Power pada 2021, lagu ini berkisar tentang tingkah laku Halsey yang merosakkan dan penyesalannya dalam kehidupan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
GL PLAYLIST: 10 LAGU IKONIK SEPANJANG ZAMAN YANG DILANCARKAN PADA BULAN OKTOBER
Siapa sangka, lagu-lagu ikonik sepanjang zaman sebenarnya banyak dilahirkan pada bulan yang baru bermula ini, Oktober.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
PENAMPILAN JUNG KOOK DI KONSERT ARIRANG MENTAFSIR KOD RUMAH BALENCIAGA
BTS memulakan jelajah dunia Arirang mereka, dimana Jung Kook mempersembahkan fashion feast oleh Balenciaga.
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.











