Introducing PRADA’s newest next act!
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Ansel Elgort
Jenama fesyen antarabangsa terkemuka Prada baru-baru ini mengumumkan their latest act untuk kempen minyak wangi L’Homme yang menampil dua wajah baru terdiri daripada pelakon-pelakon remaja lelaki popular, Ansel Elgort dan Dane DeHaan.
Siapa yang tidak kenal dengan kedua pelakon muda Hollywood yang kini semakin menempa nama dalam industri perfileman?Dan kini melangkah setapak lagi dalam bidang modeling dan peragaan.
Ansel yang terkenal dengan watak pesakit kanser yang jatuh cinta dengan seorang wanita tenat dalam filem The Fault in Our Stars (2014), dan Dane Dehaan, yang terkenal dengan watak antagonis, Harry Osborn dalam filem reboot The Amazing Spiderman 2 (2014).
Jelas wakil Prada dalam satu temu bual bersama media antarabangsa baru-baru ini menyatakan pemilihan mereka berdua ternyata selari dengan konsep yang ingin disampaikan. Malah, kedua aktor berbakat besar ini ternyata memiliki karakter yang berbeza dan unik.

Dane DeHaan
“Elgort periang dan adakalanya hiperaktif, dan Dane pula, lapan tahun lebih tua jadi kelihatan lebih matang dan pendiam.”
Wangian L’Homme oleh Prada ini direkakan khas buat figura lelaki masa kini dalam pelayaran mereka bertemu pasangan di sebuah titik pertemuan dalam menyempurnakan hubungan estetik melalui haruman dan tradisi. Ia merupakan campuran bauan yang airy dan sensual.
Kempen ini telah diabadikan oleh jurufoto terkemuka, Steven Meisel. Mia Goth dan Mia Wasikowska pula dipilih sebagai the faces untuk wangian wanita yang diberi nama La Femme.
Photo credit: Prada Facebook
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA
Aromatik April: Terokai kurasi wangian niche yang artistik dan berkarakter. Biarkan haruman anda bercerita sebelum anda mula berbicara.
THE HOUSE OF OUD HADIR DENGAN PURE DIAMOND, WANGIAN PENUH KEMEWAHAN
Pure Diamond, dari The House of Oud dipersembahkan dengan penuh kemewahan, inspirasi oleh Cullinan Diamond yang ditemui pada 1995.
2026 GROOMING UPGRADE: ERA KULIT SIHAT & TERSUSUN BUAT LELAKI
Tahun 2026 menandakan era baharu bagi lelaki Malaysia untuk meningkatkan teknik grooming mereka agar penampilan lebih rapi.
DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE
Jenama wangian FUGAZZI Frangrances kini boleh didapati di Kuala Lumpur dibawah naungan TROVE sebagai tanda kolaborasi di Asia Tenggara.











