Kemenangan dikecam, Harith Iskander tetap bersyukur
Oleh: Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Ini bukan lagi kisah lucu. Satu lagi pencapaian penuh kebanggaan dicapai seorang anak Malaysia, selepas pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander diumumkan sebagai juara pada kemuncak pertandingan Funniest Person In The World yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland sekaligus dinobatkan Manusia Paling Kelakar di Dunia.
https://www.instagram.com/p/BN1dyV7gPr1/?taken-by=harithiskander
Kemenangan manis ini melayakkan Harith membawa pulang hadiah wang tunai RM440,000 (USD$100,000) dan berpeluang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat (AS) secara berbayar (pay-per-view). Kemenangan Harith itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi penganjur, Laugh Factory.
Harith berjaya meraih undian hampir sebanyak 4 juta sekaligus mengetepikan pencabar utamanya iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino Van Nassau dari India dan David Kilimnick dari Israel, serta 80 peserta lain di seluruh dunia.
https://www.instagram.com/p/BN6nUtLgBbw/?taken-by=harithiskander
Melalui temu bualnya bersama media tempatan baru-baru ini, Harith berkata “Kesemua finalis dikehendaki melakukan persembahan komedi di hadapan para juri di pentas akhir, dan disaksikan secara langsung di laman Youtube secara streaming di serata dunia. Alhamdulillah, saya dapat kekalkan momentum sejak awal pertandingan sehinggalah ke pentas akhir.”
Di laman Facebooknya, Harith sempat menyatakan rasa syukur dan bangganya selepas menjuarai pertandingan penuh berprestij ini. “Saya bermula 26 tahun yang lalu dan impian saya adalah untuk menyatukan masyarakat Malaysia melalui komedi dan hari ini, saya berjaya dengan humor gaya Malaysia. Saya bangga dapat kibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa dan sudah tiba masanya kita letakkan komedi Malaysia di taraf antarabangsa. Saya bersyukur dengan sokongan peminat terutamanya di Malaysia, selatan Asia, UK, Denmark dan Australia. Tanpa peminat semua ini pasti sukar untuk menjadi kenyataan.”
Harith Iskandar dijadualkan akan pulang ke Malaysia pada 14 haribulan nanti, dan ketika ini beliau masih berada di Helsinki bersama isterinya Jezamine Lim.
Di laman Facebooknya baru-baru ini, Harith sempat menyatakan rasa syukur dan bertuahnya memiliki seorang isteri yang menjadi tulang belakang akan kejayaannya hari ini, walaupun kemenangannya turut mendapat kecaman segelintir netizen yang kurang berpuas hati dengan kejayaannya itu. Ada yang mempertikaikan kredibiliti lawaknya, ada yang mempersoalkan bahan jenakanya menjatuhkan maruah orang Malaysia dan ada juga yang membangkit itu bantuan besar yang diterima Harith. Namun yang pasti itu hanya segelintir kerana masih ramai rakyat Malaysia yang berbangga dengan kejayaan yang diukir personaliti komedi ini.
“After the storm comes the quiet … in this case, the coffee with my partner in crime and boss lady whom without, I would NEVER have reached the heights that I have. To put it in motoring terms – she is the engine behind this Mustang”.
Harith dalam posting di Instagramnya semalam turut mengukuhkan lagi statusnya sebagai anak jati Johor dan amat berterima kasih atas sokongan padu terutama dari warga Johor.
https://www.instagram.com/p/BN63PioAKxy/?taken-by=harithiskander
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan dari GLAM Lelaki buat Harith Iskander kerana laluan untuk sampai ke pentas antarabangsa sebegitu bukan mudah tanpa bakat serta kerja keras. Keep up the good work and we are so proud of your achievement!
#harithiskander #funniestpersonintheworld #comedian #komedi #sayaanakmalaysia #malaysiaboleh
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.











