BADAN JERAWAT? INI LANGKAH MENGATASINYA PALING PANTAS
Lelaki dan badan jerawat sememangnya tidak dapat dipisahkan! Ini 5 langkah mengatasinya
Hakikatnya, jerawat badan adalah salah satu masalah kulit yang memberi kesan kepada banyak lelaki terutamanya semasa musim panas. Walaupun bahagian belakang badan lelaki tidak biasanya terdedah seperti wanita, tidak bermakna ia tidak boleh terjadi. Hakikatnya, jerawat badan pasti memberikan ketidakselesaan dan rasa gatal untuk lelaki, termasuk perempuan. Jadi bagaimana untuk mencegahnya? GL ada solusinya!
PAKAIAN KENALAH SESUAI
Semua orang berpeluh tapi itu bukanlah puncanya. Sebenarnya peluh yang terperangkap pada baju untuk tempoh yang lama menjadi punca jerawat badan. Ini kerana ia menyumbat liang pori di belakang anda. Penyelasaiannya, pilih pakaian yang diperbuat dari fabrik yang boleh mengalirkan udara (seperti kapas, linen atau rayon) dengan mudah.
KULIT BELAKANG KENA SENTIASA LEMBAP
Kulit di belakang badan anda mungkin tidak mudah kering seperti muka atau leher anda, tetapi ia masih memerlukan kelembapan yang mencukupi. Oleh itu, sudah banyak pelembap yang dijual di pasaran berasaskan gel atau pelembap pelindung matahari jika anda sering terdedah kepada UV untuk memastikan kulit belakang kekal terhidrat dan dilindungi daripada sinaran berbahaya matahari dan seterusnya mengelakkan pertumbuhan jerawat. Mudah bukan?
PRODUK YANG BETUL
Mandi dengan produk yang betul adalah kuncinya. Jerawat di bahagian belakang memerlukan bantuan khas semasa. Oleh itu pilih gel pencuci / sabun badan dengan agen yang menyembuhkan jerawat seperti Benzoyl Peroksida (sebaik-baiknya kira-kira 10%) atau produk yang mengandungi 2% Salicylic Acid.
RAMBUT ANDA
Apa pula kaitan rambut dengan jerawat badan. Tahukah anda, saat anda berpeluh, minyak dan gris berlebihan di rambut boleh meleleh ke belakang dan menjadi penyebab utamanya. Oleh itu, pastikan rambut anda bebas minyak dan sentiasa jaga kesihatan rambut anda secara teratur.
Artikel berkaitan RUTIN PENJAGAAN MALAM UNTUK KULIT SIHAT BERSERI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.











