NATALIE PORTMAN BERCERAI DENGAN PEREKA TARI BLACK SWAN, BENJAMIN MILLEPIED
Memiliki wajah jelita tidak menjanjikan kebahagiaan rumah tangga yang abadi, dan itulah yang dialami Natalie Portman sekarang ini.
Selepas dua bulan kecurangan suaminya Benjamin Millepied terbongkar, Natalie Portman memilih untuk bercerai dan meneruskan hidup bersama anak-anak. Perkahwinan mereka berantakan setelah tularnya bukti Benjamin menjalin hubungan sulit dengan Camille Etienne.
Wanita berusia 25 tahun itu merupakan aktivis perubahan iklim dan menjalin persahabatan dengan aktivis alam sekitar terkenal, Greta Thunberg. Dia juga adalah pengarang buku For an Ecological Uprising: Overcoming Our Collective Powerlessness.
Majalah Perancis, Voici mendedahkan beberapa foto pertemuan rahsia pasangan itu di pejabat Benjamin. Mereka dilihat memasuki bangunan secara berasingan dan beredar selang 10 minit antara satu sama lain dua jam kemudian. Aktres berusia 42 tahun itu dilaporkan tahu mengenai kecurangan suaminya beberapa bulan lebih awal.
Perkahwinan Natalie Portman Musnah Sekelip Mata
Minggu lalu Natalie Portman dirakam berada di Sydney, Australia tanpa kehadiran suaminya pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Cincin empat karat rekaan Jamie Wolf di jari manisnya juga tidak lagi kelihatan.
Beberapa minggu sebelumnya, pasangan suami isteri itu dirakam meluangkan masa bersama di sebuah taman. Namun raut wajah ibu kepada dua cahaya mata itu amat sugul dan dia beberapa kali dilihat mengesat air matanya.
Menurut sumber, setelah tularnya berita kecurangan itu, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu. Benjamin amat menyayangi keluarga dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kemaafan daripada isterinya.
“Selepas berita hubungan sulitnya tersebar, Ben dan Natalie berusaha untuk menjayakan perkahwinan mereka. Malangnya ia gagal diselamatkan. Fokus Natalie kini adalah untuk melindungi anak-anaknya,” jelas sumber.
Pasangan itu bertemu buat kali pertama di set penggambaran filem Black Swan pada 2009 di mana Benjamin bertindak sebagai koreografer. Penari asal Perancis itu melamar pada 2010 dan mereka disatukan sebagai suami isteri dua tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Aleph, 12 dan Amalia, 6.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA
Selepas hampir enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Justin dan Hailey Bieber bakal memegang status baru tidak lama lagi.
SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA
Shila Amzah selamat melahirkan anak keduanya menerusi kaedah pembedahan pada hari Khamis, 9 Mei 2024.
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH
Pasangan popular tanah air ini bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka tidak lama lagi.
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN
Pasangan popular Hollywood ini bertemu sewaktu sama-sama membintangi filem trilogi Spider-Man pada 2016.
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN
Syawal 2024 amat bermakna buat pasangan selebriti ini apabila menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Aktor The Ministry of Ungentlemanly Welfare, Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.