Skip to content

bright Calvin klein

BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023

Kongsikan artikel ini

Bintang Thailand, Bright Vachirawit membintangi kempen Calvin Klein Jeans Fall 2023 untuk rantau Asia bersama model Jepun, Maryel Uchida dan pelakon China, Kuan Chen.

Pengaruh milik bintang Thailand ini terus bersinar terang dalam dunia fesyen serantau dan antarabangsa. Kali ini, jenama ikonik dari Amerika Syarikat, Calvin Klein menampilkan Bright Vachirawit dalam kempen terbaharu mereka. Ini merupakan kempen kedua yang dibintangi oleh bintang berusia 25 tahun itu selepas kempen Calvin Klein Underwear musim luruh tahun ini.

bright vachirawit

Untuk musim luruh tahun ini, Bright Vachirawit yang popular melalui siri “2gether: The Series” membintangi kempen Calvin Klein Jeans Fall 2023 untuk rantau Asia. Kempen kali ini turut menampilkan model asal jepun, Maruel Uchida serta pelakon, Kuan Chen dari China.

bright ck

Kempen Calvin Klein Jeans Fall 2023 ini dirakamkan oleh Park Jong Ha. Melalui kempen ini, Bright yang berketinggian 1.83 meter telah membiaskan sisi sensual dan penuh keyakinan yang menjadi asas jenama. Bersama Maryel Uchida dan Kuan Chen, mereka menggayakan stail yang paling ikonik, dalam mengetengahkan gaya kasual yang boleh didefinisikan melalui koleksi Calvin Klein Jeans terbaharu ini.

bright Clavin Klein

Dalam kempen kali ini, pelakon serta penyanyi yang dilahirkan di Thailand itu dilihat menggayakan beberapa item kunci utama untuk musim Fall 2023. Himpunan Calvin Klein kali ini menceduk inspirasi daripada siluet era 90an. Tetapi, setiap desain diterjemahkan dengan elevasi potongan baharu serta warna basuhan denim yang lebih bold.

Koleksi Calvin Klein Jeans Fall 2023

Penyanyi berbakat yang telah memenangi beberapa anugerah itu dilihat menggayakan Hyper Real Boxy Denim Jacket yang menampilkan gaya lebih relaks. Selain potongan uniseks, ia turut menggunakan warna violet dalam dimensi basuhan denim yang sempurna. Mudah untukdipadankan oleh lelaki mahupun wanita bersama 90s Straight Jeans. Kedua-duanya menampilkan pilihan warna yang bold yang mencuri perhatian.

 

Stail 37.5 Jeans pula hadir dalam seleksi potongan seperti slim, wide dan juga siluet flare. Ia dihasilkan dengan teknologi thermos-regulating yang dipaten untuk keselesaan sepanjang musim nanti. Dihasilkan daripada denim kapas rigid, Authentic Bootcut Jeans pula akan membaluti pinggang dengan potongan kaki yang slim. Serta rekaan hem yang flare untuk menyerlahkan gaya retro yang moden.

Tidak ketinggalan, koleksi musim ini turut menampilkan High Rise Wide Leg Jeans yang tinggi pada pinggang dengan potongan kaki yang lebih besar. Ia dapat memberikan gaya kan lebih kasual pada setiap masa. Juga, Classic Tapered Jeans menampilkan potongan yang mudah dan selesa pada bahagian peha, serta potongan kaki tapered yang bergaya.

Calvin klein Malaysia

Koleksi Calvin Klein Jeans Fall 2023 sudah boleh didapati di stor di seluruh Asia dan di calvinklein.com.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

 

Foto: Park Jong Ha

Baca lebih lanjut: BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®

Bacaan Lanjut

BRIGHT TAMPIL MENGGODA BINTANGI KEMPEN CALVIN KLEIN

Bacaan Lanjut
minyak wangi Lelaki

5 MINYAK WANGI TERBAHARU BULAN INI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
selebriti lelaki Thailand Bright

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI THAILAND DENGAN FOLLOWERS TERTINGGI DI INSTAGRAM?

Bacaan Lanjut
BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

BRIGHT VACHIRAWIT & NENE AKHIRNYA MENGAKU DILAMUN CINTA

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut