BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU
Bintang Thailand, Bright Vachirawit membintangi kempen Calvin Klein Underwear untuk rantau Asia bersama model Jepun, Maryel Uchida dan pelakon China, Kuan Chen.
Kempen Calvin Klein Underwear tidak pernah mengecewakan. Kali ini, jenama ikonik dari Amerika Syarikat itu telah menyunting Bright Vachirawit untuk membintangi kempen seluar dalam terbaharu mereka. Ini merupakan pertama kali buat bintang dari Thailand itu membintangi kempen Calvin Klein Underwear untuk musim Fall 2023 yang eksklusif untuk rantau Asia.
Kempen ini menandakan debut kerjasama Bright Vachirawit bersama jenama Calvin Klein. Untuk kempen musim luruh ini, kempen ini turut menampilkan model dari Jepun, Maryel Uchida. Juga tidak ketinggalan pelakon dari China, Kuan Chen. Kempen ini telah dirakamkan oleh jurufoto, Park Jong Ha.
Melalui kempen ini, Bright Vachirawit bersama Maryel Uchida dan Kuan Chen dilihat menggayakan rekaan terbaharu daripada koleksi Fall 2023 Underwear. Koleksi terbaharu ini menampilkan palet warna yang terang, imaginasi logo dan material yang premium.
Koleksi Seluar Dalam Calvin Klein Underwear Fall 2023
Antara yang desain utama yang digayakan mereka untuk kempen kali ini termasuklah seluar dalam Stencil Logo. Ia menampilkan rekaan segar pada seluar dalam Cotton Stretch signature dengan sentuhan logo stensil baharu dan palet warna musim ini. Juga seluar dalam Future Shift yang menampilkan logo dua ton terang pada bahagian ikatan pinggang.
Melalui kempen terbaharu ini, Calvin Klein membiaskan keyakinan dan personaliti setiap bintang kempen kali ini. Seperti menukarkan detik harian kepada momen yang lebih mengujakan. Bright Vachirawit bersama Maryel Uchida dan Kuan Chen mencerminkan identiti moden dan sensual masing-masing dalam setiap rakaman kempen ini.
Pelakon, penyanyi dan model dari Thailand bukanlah nama asing dalam dunia fesyen antarabangsa. Sering kali menghadiri pertunjukan minggu fesyen utama di London dan paris. Dia juga merupakan duta global untuk jenama ikonik United Kingdom iaitu Burberry.
Koleksi seluar dalam terbaharu daripada Calvin Klein ini sudah boleh didapati di semua stor di seluruh rantau Asia. Atau peminat boleh mendapatkan melalui calvinklein.com.
Foto: Calvin Klein Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG THAILAND, BRIGHT VACHIRAWIT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK
Calvin Klein meraikan koleksi jeans musim luruh 2023 dengan malam fesyen dan muzik yang menampilkan bintang sensasi Korea Selatan, Jung Kook.
BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023
Bintang Thailand, Bright Vachirawit membintangi kempen Calvin Klein Jeans Fall 2023 untuk rantau Asia bersama model Jepun, Maryel Uchida dan pelakon China, Kuan Chen.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI SNEAKER IKONIK, ADIDAS SUPERSTAR
Bulan ini, adidas Originals melancarkan edisi kasut sniker ikonik Superstar XLG terbaharu yang telah dilihat digayakan oleh bintang popular Thailand, Bright.
JUNG KOOK HANGATKAN KEMPEN CALVIN KLEIN
Dominasi K-Pop berterusan dengan pemilihan Jung Kook dari BTS sebagai wajah kempen Calvin Klein. Ambil inspirasi gaya dari Jung Kook.
BRIGHT DEDAHKAN RAHSIA KULIT PUTIH LELAKI THAI
Interviu eksklusif bersama Bright Vachirawit menyelongkar rahsianya bagaimana dia menjaga kulit muka dengan teliti.
CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU
Calvin Klein melancarkan kempen “Calvins or nothing” terbaharu yang dibintangi oleh pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz.