CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU
Calvin Klein melancarkan kempen “Calvins or nothing” terbaharu yang dibintangi oleh pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz.
Aksninya di atas gelanggang memukau peminat tenis di seluruh dunia. Kini, dia beraksi di hadapan kamera selepas terpilih sebagai wajah terbaharu untuk jenama fesyen ikonik Amerika Syarikat. Calvin Klein melancarkan kempen “Calvins or nothing” terbaharu yang dibintangi oleh pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz.
Carlos Alcaraz yang baharu berusia 19 tahun merupakan pemain tenis lelaki termuda menduduki ranking nombor satu dunia selepas memenangi trofi Grand Slam pertama tahun lalu. Pemain kelahiran Sepanyol ini memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2022.
“Calvins or nothing” meneruskan naratif visual yang debut pada Musim Luruh 2022 bersama penyanyi, Maya Hawke serta pemain bola sepak, Romelu Lukaku. Kempen ini menampilkan bakat yang terhangat masa kini, termasuklah atlet bertaraf dunia dalam Calvin Klein Underwear.
Melalui kempen yang dirakamkan oleh Gray Sorrenti ini, Carlos Alcaraz menggayakan koleksi signature Modern Cotton, Cotton Stretch dan Cotton Classic Underwear, selain seluar denim Classic Straight. Ia turut menampilkan koleksi Calvin Klein 1996 Underwear terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Seperti kempen ini, koleksi Calvin Klein 1996 Underwear akan menampilkan pilihan warna hitam dan putih, serta seleksi cetak bold. Koleksi ini juga akan memberikan sentuhan baharu pada rekaan klasik label yang dimodenkan dalam imaginasi terkini.
Walau bagaimanapun, peminat tidak akan berpelung untuk menyaksikan aski pemain tenis muda ini di kejohanan Grand Slam pertama tahun ini. Carlos telah menarik diri daripada menyertai kejohanan Terbuka Australia tahun ini kerana kecederaan. Terbuka Australia 2023 yang bakal berlangsung pada akhir bulan ini
Foto: Gray Sorrenti & Calvin Klein Malaysia
Baca lebih lanjut: HANYA BERUSIA 19 TAHUN, CARLOS ALCARAZ JUARA TERBUKA AMERIKA SYARIKAT 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI TERBUKA AUSTRALIA KE-10
Novak Djokovic menewaskan Stefanos Tsitsipas untuk menjuarai Terbuka Australia 2023 dan menyamai rekod Grand Slam ke-22 keseluruhan.
RAFAEL NADAL KINI BERGELAR BAPA BUAT PERTAMA KALI
Juara tenis dunia, Rafael Nadal bersama isterinya, Maria Francisca Perello telah mengumumkan kelahiran anak pertama mereka di Palma de Mallorca, Sepanyol.
KEPELBAGAIAN KARAKTER & INDIVIDU HIASI CALVIN KLEIN MUSIM LURUH 2022
Kempen musim luruh 2022 Calvin Klein menyaksikan barisan wajah global, bersama beberapa kelainan yang tidak dijangka.
HANYA BERUSIA 19 TAHUN, CARLOS ALCARAZ JUARA TERBUKA AMERIKA SYARIKAT 2022
Dengan kemenangan di Terbuka Amerika Syarikat 2022, Carlos Alcaraz terus mencipta sejarah tersendiri sebagai pemain tenis nombor satu dunia termuda sejak tahun 1973.
CALVIN KLEIN DEFY KINI EAU DE PARFUM
Calvin Klein Fragrances kembali bersama Calvin Defy tetapi dalam interprestasi Eau de Parfum. Intipati lebih kuat dan mempesonakan.
“KALAULAH SAYA LELAKI…” – KERJAYA TENIS SERENA WILLIAMS BAKAL TERNOKTAH
Hampir tiga dekad bergelar pemain tenis profesional, Serena Williams mengucapkan selamat tinggal kepada bidang yang dicintainya.