KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG
.Muncul kelibat Tengku Amir Nasser Ibrahim sepanjang Kembara Kenali Borneo baru-baru ini, lantas timbul tanda soalan, siapa Tengku Amir Nasser Ibrahim sebenarnya?
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim adalah ahli keluarga dalam Pahang Royal Family.
Beliau merupakan anak angkat kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang sekarang dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Amir dilahirkan pada 25 Ogos 1986. Beliau merupakan anak bongsu daripada sepuluh orang anak Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Tengku Amir juga merupakan anak bongsu ayahnya daripada isteri ketiganya, Czarina binti Abdullah.
Tengku Amir mempunyai seorang abang kandung, Tengku Arif Fahad, lahir pada 12 September 1984 dan seorang kakak perempuan, Tengku Chanela Jamidah yang lahir pada 20 Mei 1983.
KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG

Tengku Amir ialah cucu kepada Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah.
Pada tahun 1987, pada usia satu tahun, baginda telah diambil sebagai anak angkat oleh sepupunya iaitu Tengku Mahkota Pahang. Ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk dijadikan anak angkat baginda.
Beliau dibesarkan bersama anak-anak Tengku Abdullah iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang sekarang.

Tengku Amir Nasser Ibrahim telah menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom. Pada 21 Januari 2020, beliau dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel.
Dua tahun kemudian, pada 7 April 2022, beliau dinaikkan semula menjadi Kolonel. Beliau kini berkhidmat sebagai Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.

Tengku Amir berkahwin dengan Yang Hormat Mulia Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Binti Mohamed Moiz pada 19 Disember 2013.
Puteri Suraiya Afzan ialah puteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang merupakan sepupu pertama Tengku Amir.

Foto: Instagram/Tengku Panglima Raja
Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki. Mereka adalah Tengku Adam Ibrahim Shah yang berusia 8 tahun, Tengku Sulaiman Abdullah Shah yang berusia 5 tahun dan Tengku Nuh Muhammad Shah.
Pada 18 Ogos 2019, selepas pertabalan ayahanda angkatnya sebagai Sultan Pahang. Tengku Amir telah dikurniakan gelaran Tengku Panglima Raja.
Artikel berkaitan: Kenali Tengku Muhammad, Putera Diraja Pahang Yang Mencuri Perhatian Rakyat Semasa Kembara Borneo
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











