KENALI TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA BORNEO
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah merupakan putera kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada usia 26 tahun, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah merupakan salah seorang putera raja dari negeri Pahang Darul Makmur. YAM Tengku Muhammad adalah anak kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. YAM Tengku Muhammad kini cukup terkenal di sosial media dengan gelagatnya yang mesra dan ramah bersama rakyat di Sabah.
KENALI YAM TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA KENALI BORNEO DI SABAH
Ketahui lebih lanjut sisi YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah yang mungkin ramai tidak tahu di bawah:

Foto: Instagram/Istana Negara
YAM Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah merupakan putera ketiga daripada sembilan adik-beradik. YAM Tengku Arif Bendahara adalah anak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria.

Foto: Instagram/Istana Negara
YAM Tengku Muhammad adalah pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang. YAM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah merupakan anakanda kedua kepada pasangan diraja Pahang. Usia antara Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM Tengku Muhammad hanya berbeza dan selang dua tahun sahaja.
Selain itu, satu perkara yang menyatukan kerabat diraja Pahang tentunya adalah bidang sukan. YAM Tengku Muhammad tidak terkecuali dan cukup aktif bersukan dalam pelbagai cabang. Antaranya termasuklah bola sepak, sukan polo dan sukan golf.

Foto: Instagram/Istana Negara
Baru-baru ini, YAM Tengku Muhammad serta keluarga diraja Pahang membuat kejutan ketika Kembara Kenali Borneo. Idea kembara tersebut cukup berkesan dalam mengukuhkan lagi semangat persekutuan di wilayah Borneo. Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terharu dan teruja dengan sambutan yang cukup hebat semasa kembara itu. Sememangnya “The King and Queen of the people’s hearts“!
Telatah YAM Tengku Muhammad Ri’ayatuddin Shah juga nampaknya telah menambat hati rakyat yang berpeluang bertemu dengannya ketika berada di Sabah.
Artikel berkaitan: 1o Putera Raja Paling Popular Dan Bergaya 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG
Muncul kelibat kerabat yang mencuri perhatian sepanjang Kembara Kenali Borneo baru-baru ini, lantas timbul tanda soalan, siapa Tengku Amir Nasser Ibrahim sebenarnya?
17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF
Tanggal 1 Jun 2023 melakar detik bahagia buat Putera Mahkota Jordan, Al Hussein apabila disatukan dengan wanita pilihan hatinya.
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA
Sama seperti orang lain, pasangan Diraja juga mempunyai kisah cinta unik mereka sendiri untuk diceritakan.
PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III
Himpunan fesyen terbaik tetamu berprofil tinggi pada upacara pertabalan Raja Charles.
SEKITAR RAPTAI PENUH ISTIADAT PERTABALAN RAJA CHARLES III
Hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya istiadat pertabalan Raja Charles III yang bakal melakar sejarah tersendiri.
5 PUTERI EROPAH RUPAWAN YANG BAKAL BERGELAR RATU
Walaupun barisan pewaris Diraja Britain diterajui oleh lelaki, terdapat beberapa puteri yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan di Eropah dan memegang takhta sebagai ratu.