Skip to content

SULTAN IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AGONG KE-XVII

SULTAN IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XVII

Kongsikan artikel ini

Tanggal 31 Januari 2024 melakar sejarah buat negara apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhur sebagai Agong ke-17.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Balairung Seri, Istana Negara menyaksikan Sultan Ibrahim diangkat secara rasmi sebagai Ketua Utama Negara baru bagi tempoh lima tahun. Istiadat berlangsung penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Sultan Ibrahim

Foto: Reuters

Pada istiadat sama, Sultan Nazrin Shah yang merupakan Sultan Perak turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Pertabalan Sultan Ibrahim Dihujani Ucapan Tahniah

Kedutaan asing di Malaysia tidak melepaskan peluang berkongsi kegembiraan yang dirasai rakyat Malaysia. Di media sosial, duta Amerika Syarikat berkongsi poster Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berserta ucapan tahniah.

“Kedutaan AS di Kuala Lumpur menzahirkan tahniah kepada Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong ke-17. #DaulatTuanku #Agong.”

Sultan Ibrahim

Foto: Facebook

Kedutaan Kanada turut memuat naik poster yang sama di akaun rasmi X. “Tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.”

Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Agong ke-17 adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahannya pada 30 Januari 2024. Baginda ditabal sebagai Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

 

Foto: Reuters

Pautan berkaitan: FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

Bacaan Lanjut

KENALI TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA BORNEO

Bacaan Lanjut
17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

Bacaan Lanjut
10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA

10 PASANGAN DIRAJA & KISAH PERTEMUAN PERTAMA MEREKA

Bacaan Lanjut
PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

PERSALINAN TERBAIK PADA HARI BERSEJARAH RAJA CHARLES III

Bacaan Lanjut
5 Puteri Eropah Rupawan Yang Bakal Bergelar Ratu Suatu Hari Nanti

5 PUTERI EROPAH RUPAWAN YANG BAKAL BERGELAR RATU

Bacaan Lanjut