Skip to content

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini, TMJ telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Dengan berikutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Baginda juga yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap ceruk negeri ini. Sehingga kini, terlalu banyak sumbangan daripada Baginda terhadap arena dan ekosistem sukan bola sepak negara. Kemurahan hati Baginda telah banyak membantu meningkatkan kualiti skuad Kebangsaan dan perkembangan kemajuan arena bola sepak tanah air.

INI FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

Pemangku Sultan Johor

Foto: Instagram/@hrhcrownprinceofjohor

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru. Baginda merupakan putera sulung daripada enam adik beradik ini kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Pemangku Sultan Johor

Foto: Instagram/@hrhcrownprinceofjohor

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Baginda telah membangun, menerajui dan mengangkat pasukan bola sepak Johor ke tahap berprestasi tinggi dan disegani.

JDT telah memenangi sembilan gelaran berturut-turut Liga Super Malaysia, lapan Piala Sumbangsih, tiga Piala FA, tiga Piala Malaysia dan Piala AFC 2015. Sesuatu yang pertama bagi kelab dari Asia Timur, apatah lagi Asia Tenggara.

Pemangku Sultan Johor

Foto: Youtube

Baginda juga merupakan seorang penggemar kereta, mengumpulkan pelbagai kereta mewah yang jarang ditemui di jalan raya dalam negara. Antara kereta mewah yang dimiliknya ialah Bugatti Chiron Super Sport. Kereta ini merupakan edisi 1 daripada 500 keluaran syarikat automobil mewah itu.

Reka bentuk dalaman kereta jenis Chiron Super Sport itu juga dilengkapi dengan ciri khas yang menepati cita rasa pemiliknya. Hanya satu di dalam dunia, kereta milik Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail itu dihias khusus mengikut tema rona biru yang mewakili negeri Johor Darul Ta’zim.

Foto: IFL Watches

Dalam kalangan komuniti pencinta jam tangan, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dikenali sebagai peminat jam tangan yang sangat hebat. Dia mempunyai pelbagai jenis jam tangan dalam koleksinya, seperti dari MoonSwatch, Rolex, Patek Philippe, dan juga jam tangan yang diubah suai seperti yang dihasilkan oleh Artisans de Geneve.

Foto: Facebook/Kesultanan Johor

Minat yang mendalam terhadap sukan bukan hanya dizahirkan dalam bola sepak, sebaliknya Baginda juga cemerlang dalam sukan polo dengan penyertaan pelbagai pertandingan dalam dan luar negara. Antara kejayaan pernah diraih adalah membantu pasukan polo Rejimen 61st Calvary di India.

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023

Bacaan Lanjut

JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER

Bacaan Lanjut