Skip to content

10 FILEM TERBAIK BARRY KEOGHAN ANDA MESTI TONTON

10 FILEM TERBAIK BARRY KEOGHAN ANDA MESTI TONTON

Kongsikan artikel ini

Lebih sedekad bergelar pelakon, Barry Keoghan akhirnya berpeluang menyerlahkan bakat sebagai teraju utama dalam filem terbaru, Saltburn.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Barry menampilkan persembahan hebat dalam filem lakonannya termasuk The Banshees of Inisherin, Eternals dan The Killing of a Sacred Deer. Namun dia jarang menggalas watak utama.

Dalam Saltburn, aktor kelahiran Ireland ini memikat hati penonton dan memanipulasi emosi mereka daripada perasaan jijik kepada kagum. Kejayaan filem ini menjadikan Barry obsesi baru di Hollywood.

Tonton 10 karya terbaik Barry Keoghan menurut Rotten Tomatoes

 

10. Black ‘47 (2018)

Skor Rotten Tomatoes: 78%

Barry Keoghan

Foto: IFC Films

Sinopsis: Black ‘47 berlatarkan Ireland semasa Great Famine atau Kebuluran Besar sekitar 1800-an. Dalam filem ini, Martin Feeney (James Frecheville) meletakkan jawatan sebagai Tentera British untuk kembali ke pangkuan keluarganya. Dia bagaikan tidak percaya melihat kampung halamannya musnah akibat kebuluran. Bagaimanapun dia diburu pihak berkuasa sebelum sempat menghulurkan bantuan. Barry menggalas peranan sebagai Hosbon, seorang askar Inggeris yang turut sama memburu Martin.

 

9. The Killing of a Sacred Deer (2017)

Skor Rotten Tomatoes: 79%

Barry Keoghan

Foto: A24

Sinopsis: Selepas bapanya meninggal dunia di meja pembedahan, Martin (Barry Keoghan) mencari pakar bedah yang bertanggungjawab, Steven (Colin Farrell). Interaksi Martin bersama Steven, isteri dan anak-anaknya kelihatan normal sehinggalah seluruh keluarga jatuh sakit.

 

8. Traders (2015)

Skor Rotten Tomatoes: 82%

barry Keoghan

Foto: Pinterest

Sinopsis: Harry (Killian Fox) terjebak dalam skim berbahaya selepas kehilangan pekerjaan. Rakannya, Vernon (John Bradley) menubuhkan kelab pertarungan rahsia di mana pesaing menjual semua harta benda mereka dan bertarung mati-matian untuk mendapatkan wang masing-masing. Barry memegang watak Ken, peranan kecil dalam filem itu.

 

7. The Batman (2022)

Skor Rotten Tomatoes: 85%

Foto: Warner Bros. Pictures

Sinopsis: Dalam filem aksi kegemaran ramai ini, Batman (Robert Pattinson) berusaha menangkap pembunuh bersiri yang terus membunuh tokoh politik. Kala menjejaki penjenayah, dia turut membongkar rahsia masa silam Gotham. Barry muncul di penghujung filem sebagai pesaing terbesar Batman, Joker.

 

6. American Animals (2018)

Skor Rotten Tomatoes: 88%

Foto: HBO Max

Sinopsis: Dokudrama rompakan di Universiti Transylvania pada 2004 ini berkisar tentang percubaan gagal empat pelajar kolej untuk mencuri buku langka bernilai jutaan dolar. Jared Abrahamson, Evan Peters, Blake Jenner dan Barry melakonkan watak empat pelajar itu. Filem ini juga menampilkan segmen temu bual dengan pencuri dan mangsa sebenar.

 

5. The Green Knight (2021)

Skor Rotten Tomatoes: 89%

Barry Keoghan

Foto: A24

Sinopsis: Dev Patel membintangi penceritaan semula mitos Arthurian tentang Sir Gawain and the Green Knight. Selepas menerima cabaran daripada musuh tidak dikenali, Gawain (Dev) perlu meneruskan perjalanan untuk mengotakan janji dan membuktikan dia wira sejati. Barry menggalas peranan sebagai pencuri yang ditemui Gawain dalam perjalanannya.

 

4. Dunkirk (2017)

Skor Rotten Tomatoes: 92%

Foto: Warner Bros.

Sinopsis: Filem perang arahan Christopher Nolan ini berkisar tentang pemindahan British di Dunkirk, Perancis semasa Perang Dunia Kedua. Peristiwa itu diperlihatkan menerusi mata seorang askar yang terperangkap di Dunkirk, dua juruterbang Tentera Udara Diraja, dan sekumpulan orang awam yang menggunakan bot mereka untuk membantu askar berpindah. Barry memegang watak George, orang awam yang terperangkap dalam pertempuran itu.

 

3. Calm with Horses (2019)

Skor Rotten Tomatoes: 94%

Barry Keoghan

Foto: Saban Filmd

Summary: Pelakon berusia 31 tahun ini tampil berambut perang untuk menjayakan watak samseng dalam filem seram jenayah berlatarkan kawasan luar bandar di Ireland. Dympna (Barry Keoghan) dan Douglas ‘Arm’ Armstrong (Cosmo Jarvis) merupakan ahli kumpulan Devers yang digeruni. Kesetiaan Arm diuji apabila dia diarahkan untuk membunuh buat kali pertama.

 

2. ‘71 (2014)

Skor Rotten Tomatoes: 96%

Barry Keoghan

Foto: Black Label Media

Sinopsis: Filem jenayah ini berlatarkan konflik abad ke-20 di Ireland Utara yang dikenali sebagai Troubles. Gary Hook (Jack O’Connell), seorang tentera British tiba di Belfast untuk membantu mengawal kawasan yang huru-hara. Apabila pihak polis mencetuskan rusuhan, Gary terpisah daripada rakan seperjuangan dan perlu bersembunyi di kalangan pasukan penentang. Barry menggalas watak Sean Bannon, seorang budak lelaki yang ditemui Gary dalam kejadian itu.

 

1. The Banshees of Inisherin (2022)

Skor Rotten Tomatoes: 96%

Foto: Searchlight Picture

Sinopsis: Berlatarkan pulau fiksyen Inisherin di tengah-tengah Perang Saudara Ireland, filem ini mengikuti perselisihan faham antara dua rakan, Colm Doherty (Brendan Gleeson) dan Padraic (Colin Farrell). Kemelut yang tercetus dek permusuhan ini menyebabkan kacau-bilau di seluruh pulau. Barry menerima pencalonan Oscar pelakon pembantu lelaki terbaik pertamanya menerusi watak Dominic Kearney.

 

Foto: Collider

Pautan berkaitan: 10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

5 FILEM MANTAP LAKONAN HENRY CAVILL

Bacaan Lanjut
3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA

3 FILEM TERBURUK LAKONAN JOHN TRAVOLTA

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON

5 FILEM TERBAIK CHRISTIAN BALE ANDA MESTI TONTON

Bacaan Lanjut
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK LAKONAN ASHTON KUTCHER ANDA WAJIB TONTON

5 FILEM TERBAIK LAKONAN ASHTON KUTCHER ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
5 FILEM AKTOR POPULAR YANG MERAIH SKOR TERENDAH DARIPADA IMDb

5 FILEM AKTOR POPULAR YANG MERAIH SKOR TERENDAH DARIPADA IMDb

Bacaan Lanjut