Uniqlo Kolaborasi Dengan Clare Waight Keller Lancar Koleksi Uniqlo : C
UNIQLO mengumumkan kerjasama bersama pereka fesyen Britian terkenal, Clare Waight Keller untuk koleksi pakaian UNIQLO : C.
Koleksi terbaru ini menyaksikan rekaan fluid, siluet moden dan penggunaan rona-rona lembut bagi memberi nafas baru kepada UNIQLO LifeWear.
Bagi mereka yang masih tidak tahu, Clare Waight Keller pernah bernaung di bawah rumah fesyen terkemuka dunia termasuk Givenchy serta Chloe. Malah beliau juga telah memenangi Anugerah Pereka Pakaian Wanita Terbaik di Anugerah Fesyen British dan pernah dinamakan sebagai salah seorang yang paling berpengaruh pada tahun 2019 oleh Majalah TIME.

Foto: UNIQLO
Koleksi UNIQLO : C menggabungkan teknik terkini dengan reka bentuk yang canggih, hasil kepakaran Clare Waight Keller. Gabungan ini menghasilkan pakaian yang mengutamakan keselesaan dan fungsi, selaras sempurna dengan tuntutan gaya hidup kontemporari.
Setiap helaian dalam koleksi ini unik, tailor-made dengan penuh dengan keselesaan. Nama UNIQLO : C diinspirasikan oleh huruf C iaitu Curiosity, Conversation, City, Clarity, Connection dan Creativity serta ia juga merupakan huruf pertama nama pereka fesyen Clare.
Helaian dalam koleksi ini pula diinspirasi oleh gaya klasik British, ia menampilkan helaian seperti trench coat klasik, PUFFTECH blousons dan kot yang lightweight dan dirawat khas dengan teknologi anti-statik. Bagi mereka yang mahukan aksesori, UNIQLO : C juga hadir dengan tas tangan ikonik yang chic serta sepatu yang mampu menambah lagi keanggunan penampilan.
Bual Bicara Bersama Clare Waight Keller Untuk UNIQLO : C
Kami diberi peluang untuk menemu bual Clare tentang inspirasi di sebalik koleksi ini.
Bolehkah anda berkongsi inspirasi di sebalik koleksi UNIQLO : C?
Sudah pasti! Saya fikir buat kali pertamanya, saya benar-benar bekerja dari London dan sort of absorbed around my home country. Sudah tiba masanya untuk saya melihat kembali helaian saya dan memahami apa yang saya ingin sampaikan.
Memandangkan jumlah gaya yang mereka berikan kepada saya agak terhad, saya perlu pertimbangkan dengan teliti key pieces yang saya ingin sertakan.
Saya juga mendapat inspirasi daripada kota London sendiri, sebuah bandar yang meriah dengan street style eksenterik dan seni bina yang menawan. Khususnya di Kackney Wick, London Timur bersebelahan dengan Taman Olimpik. Ia seperti dijana semula sepenuhnya oleh artikek muda yang membina bangunan baru.
Malah bagi saya ia juga bagaikan titik permulaan yang menarik untuk pemilihan palet warna.
Bercakap tentang warna, bolehkah anda ujar lebih lanjut tentang pilihan warna dan corak koleksi ini?
Saya seringkali menggunakan warna-warna segar yang saya percaya ia amat penting. Kebiasaannya, koleksi luruh/sejuk menampilkan warna yang lebih gelap. Namun saya rasakan setiap helaian ini bakal muncul di pasaran bulan September, cuaca masih lagi panas terutamanya di Asia, saya percaya pengguna akan lebih gemar warna-warna segar ini.
Apa yang menarik minat saya tentang koleksi ini adalah keupayaan untuk memadan suai semua warna tanpa garis panduan ketat. Ia sememangnya palet yang versatil.
Mengenai corak pula, saya sentiasa mempunyai minat mendapat terhadap corak yang halus, dan saya menyasarkan untuk mencipta kontras dengan elemen geometrik. Ini membawa penggabungan corak plaids dalam koleksi.
Malah corak Paisley pula klasik dan saya amat tertarik dengan idea untuk menggabungkan corak Paisley yang abstrak dan tradisional.
Kolaborasi biasanya mencetuskan kreativiti segar. Adakah terdapat unsur atau idea reka bentuk yang tidak dijangka yang muncul semasa proses mencipta koleksi ini?
Bagi saya, bahagian UNIQLO. Mereka sangat mahir seperti semua butiran teknikal kecil. Mereka sediakan semua helaian dengan penuh fungsi dan kemasan sempurna.
Malah ini seperti second nature mereka kerana mereka telah membangunkannya dalam tempoh masa yang begitu lama. Tetapi bagi saya ini juga perkara yang sangat bagus kerana saya tidak pernah terlibat dengan sesuatu yang begitu teknikal dalam kerjaya saya.
Saya telah bekerja dengan pelbagai jenama fesyen tetapi mereka lebih kepada jahitan kemasan klasik. Jadi idea teknologi dalam pakaian sangat menarik. Jadi saya benar-benar banyak bekerja dengan teknologi ini.
Apakah cabaran terbesar dalam mencipta koleksi ini?
Jelas sekali, harga adalah satu cabaran. Walau bagaimanapun, saya harus mengatakan bahawa saya tidak merasa terlalu sukar kerana UNIQLO memberi saya banyak pilihan. Jadi, saya mempunyai banyak pilihan dalam kurungan harga itu.
Sudah tentu, saya berhati-hati semasa membuat pilihan. Selain itu, terdapat cara yang berbeza untuk mendekati sesuatu: membuat butiran yang bijak dan memastikan perkadarannya betul — yang mengekalkan tahap harga tetapi menawarkan kualiti yang hebat juga.
Foto UNIQLO
Artikel berkaitan: TIPS UNTUK MEMILIH DAN MENGGAYAKAN FESYEN OVERSIZED
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PEMBUKAAN SEMULA UNIQLO MIDVALLEY MEGAMALL OGOS INI
Selepas pengubahsuaian baharu, UNIQLO Mid Valley akhirnya akan membuat pembukaan semula dengan rekaan dalaman yang lebih menarik.
GLAM LELAKI OGOS 2025
I choose not to use the word ‘celebration’ . It’s more of a reflection. This whole process – sama ada ketika menghasilkan buku atau pameran adalah sebuah proses yang sangat contemplative. Saya merefleksi semula apa kesilapan yang pernah dilakukan, apa yang saya pelajari and what keeps me going as a person,” ujar Reza Rahadian, wajah…
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
GAYA LELAKI MODEN DENGAN LINEN DI CUACA PANAS
Lelaki moden kini lebih gemar memadankan kemeja linen untuk keselesaan sepanjang hari dan tampil kemas dan tidak terlalu formal.
UNIQLO : C KOLEKSI LAMBANG ‘MODERNITY IN MOTION’
UNIQLO secara rasmi mengumumkan pelancaran “Modernity in Motion,” koleksi terbaharu daripada rangkaian istimewa mereka, UNIQLO : C.
FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI
Fesyen musim panas lelaki menumpukan perhatian kepada perkara paling asas iaitu dari segi pemilihan fabrik dan siluet longgar. Kemuncak industri fesyen adalah apabila tiba musim bunga dan musim panas, di mana para pereka fesyen menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap koleksi terbaru yang bakal dipersembahkan atas pentas runway. Koleksi fesyen musim panas lelaki kali ini menumpukan…