Wajah baru Hugo Man
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Zac Efron dilantik sebagai wajah baru untuk kempen Hugo Man dari Hugo Boss, haruman terbaru untuk lelaki di mana kempen ini secara rasminya akan bermula tahun hadapan. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Zac di laman Twitter dan Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/BONGMdjDC37/?taken-by=zacefron
Melalui kenyataan rasmi dari wakil jenama tersebut, Zac Efron yang mula dikenali dengan watak Troy Bolton dalam filem original Disney, High School Musical itu berperanan besar dalam menyuntik semangat generasi muda untuk berusaha dalam mengejar impian dengan set kempen digital yang sudah diatur termasuk ekslusiviti wajahnya. Karakter dan personaliti Zac ternyata menyerlahkan kempen ini.
Dengan menggunakan hashtag #YourTimeIsNow, haruman jenama ikonik ini menggabungkan aroma campuran spicy dan woody yang lebih ringan, akuatik dan pastinya lebih menyegarkan. Wangian Hugo Man ini dijangka akan mula berada di pasaran March 2017.
Tahun 2017 juga dilihat tahun yang amat sibuk buat Zac apabila banyak filem-filem lakonannya yang hanya menunggu masa untuk ditayangkan seperti Baywatch, The Masterpiece dan The Greatest Showman.

Wajah Zac Efron disemadikan untuk kempen wangian Hugo Men oleh Hugo Boss.
Saksikan di sebalik tabir pengambaran aksi Zac Efron untuk kempen Hugo Man yang dirakam baru-baru ini.
https://www.youtube.com/watch?v=zefj4TxDZJQ
Photo credit: Zac Efron FB
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











