Skip to content

Kens Apothecary Raikan Musim Cuti Dengan Tema “A Christmas Carnival”

Kongsikan artikel ini
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Gambar: KENS Apothecary

KENS Apothecary, kedai kecantikan pelbagai jenama memperkenalkan “A Chritsmas Carnival” sebagai tema musim cuti kali ini. Tema ini digunakan di seluruh rangkaian KENS Apothecary yang menampilkan putaran roda Ferris dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni, dilengkapi salji putih dan pokok-pokok pain kecil, mewakili beberapa idea produk untuk sambutan Hari Natal.

a-christmas-carnival-kens

KENS Apothecary memeriahkan sambutan Hari Natal kali ini dengan tema “A Christmas Carnival”

“Idea menggunakan roda Ferris adalah bagi memaklumkan kepada pelanggan bahawa kami mempunyai lebih dari 100 idea untuk hadiah. Dari hiasan stoking ke peti pencuci muka mewah dari jenama kegemaran pelanggan seperti Caudalie, Diptyque, Marvis, Annick Goutal serta banyak lagi. Pastinya terdapat banyak pilihan untuk anda buat yang tersayang,” jelas Ken Lim, Pengasas dan Pengarah Urusan KENS Apothecary.

kens-gift-wrap-2

Pembalut hadiah KENS Apothecary yang pastinya akan meyerlahkan hadiah yang ingin diberi buat yang tersayang.

Jenama ini turut menawarkan perkhidmatan membalut hadiah yang menampilkan kertas pembalut bertemakan musim percutian KENS Apothecary 2016, dihiasi dengan perhiasan Krismas bagi menambahkan keceriaan pada musim perayaan ini. Perkhidmatan ini akan ditawarkan di semua kedai-kedai KENS Apothecary dengan harga yang sangat berpatutan.

Tahun ini, KENS Apothecary turut meraikan pembukaan kedai keempatnya di Suria KLCC.

kens-klcc

KENS Apothecary kini dibuka di Suria KLCC

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI

Bacaan Lanjut
BAKAL RAI KRISMAS SENDIRIAN, INI LUAHAN HATI TOM BRADY

BAKAL RAI KRISMAS SENDIRIAN, INI LUAHAN HATI TOM BRADY

Bacaan Lanjut

BELAIAN HEAD-TO-TOE JACK BLACK

Bacaan Lanjut

PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH

Bacaan Lanjut
“SAYA SUDAH TIDAK MAMPU…” - AKSI NEYMAR DALAM PIALA DUNIA 2022 ADALAH YANG TERAKHIR?

ANJUR PESTA SEWAKTU COVID-19, NEYMAR DIKECAM

Bacaan Lanjut

AURA GEMERLAPAN KRISMAS

Bacaan Lanjut