BELAIAN HEAD-TO-TOE JACK BLACK
Tidak banyak jenama penjagaan (grooming) yang dicipta khusus untuk lelaki, jika ada sekalipun himpunannya tidak menyeluruh. Ada juga yang bersifat uniseks walhal kondisi kulit lelaki dan perempuan sebenarnya berbeza.
Lelaki secara amnya mahukan sesuatu yang ringkas, tidak leceh, dan dalam masa yang sama perlulah berkesan. Ratanya lelaki bila sudah selesa dengan satu-satu produk, dia akan guna sampai bila-bila.
Jika anda ke Kens Apothecary, dan terlihat rak Jack Black ambillah masa membelek dan mendekati produknya. Perhatikan dan cubalah, mana tahu ada yang berkenan. Sebagai permulaan saya cadangkan tiga produk yang mungkin boleh buat anda jatuh cinta.
ALL-OVER WASH FOR FACE, HAIR & BODY (RM94.00)
Ini adalah satu produk yang mungkin anda akan suka. Satu item yang boleh digunakan pada seluruh tubuh, dari hujung rambut hingga hujung kaki. All-Over Wash for Face, Hair & Body, boleh dibuat sebagai syampu, menucui muka dan dijadikan sabun badan. Ia bebas sulfat dan punya formula yang melembapkan. Kandungan pH nya juga seimbang buat kegunaan rambut, muka dan badan. Apa ada di dalam tiub ini? Ia adalah campuran protein jojoba, pro-vitamin B5 dan shea butter yang bertindak menghidrat dan melembapkan kulit dan rambut yang kering.
BEARD LUBE CONDITIONING SHAVE (RM75.00)
Boleh digunakan sebagai persiapan sebelum bercukur, atau dijadikan sabun sewaktu bercukur atau bertindak juga sebagai perapi selepas selesai bercukur. Apa lagi yang anda mahu? Semuanya didatangkan dalam satu tiub. Perapi bercukur ini sangat ringan dan mudah dibilas. Ia mengandungi minyak kacang Macadamia, minyak jojoba, glycerin, menthol yang memberi efek dingin juga dipadatkan dengan bahan pudina dan eucalyptus yang membuat wajah terasa lebih segar.
WAX POMADE (RM123.00)
Pomade rambut Jack Black ini memberi kesan kilat yang semula jadi dan mengawal rambut dengan cukup baik. Ia membantu anda mendapatkan gaya rambut yang anda inginlan, formulanya ringan. Menariknya ia juga boleh digunakan pada misai ataupun jambang. Ia mengandungi minyak tea tree, ekstrak daun sage, minyak kulit anggur, daun basil dan ekstral teh hijau yang sebagaimana kita tahu ia mempunyai kandungan antioksidan yang membuatkan kita berasa nyaman dan tenang.
Artikel Berkaitan: FOREO LUNA 3 MEN, PERANTI MENCUCI & MENGURUT WAJAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 SEBAB KENAPA LELAKI PERLU BERJAMBANG
Bukan hipster, bukan selekeh. Namun berjambang memberikan kebaikan tersendiri buat lelaki.
Malu Dengan Bau Badan Sendiri? Ini 5 Tip Hilangkan Bau Badan Dengan Pantas
Pakaian bergaya, muka kacak tetapi isu bau badan boleh menjadi biggest turn off. GLAM Lelaki ada cara hilangkan bau badan dengan mudah!
DO’S & DON’TS BERCUKUR BETUL UNTUK ELAK KEGATALAN & KERENGSAAN
Bercukur boleh buat diri nampak lebih kemas. Namun tahukah anda do's dan don'ts bercukur yang betul? Semak di sini.
ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI
Kiri atau kanan? Jari yang mana? Ini tip yang anda perlu tahu sekiranya anda 'menyarungkan' cincin sebagai aksesori jari.
8 TIPS MUDAH UNTUK PENJAGAAN KUKU LELAKI
Konsep grooming lelaki kini tidak lagi hanya terbatas kepada rambut mahupun jambang. Lelaki juga semakin peka dengan penjagaan kuku yang baik.
5 GAYA MISAI TERBAIK UNTUK PENAMPILAN SEPERTI SELEBRITI TERKENAL
Tidak kira era apa sekalipun. gaya misai lelaki hadir dalam pelbagai stail dan potongan. Tiru gaya ini untuk tampak seperti selebriti.