Skip to content

minyak wangi Lelaki

5 MINYAK WANGI TERBAHARU BULAN INI PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki membariskan 5 minyak wangi terbaharu yang perlu anda ada untuk melengkapkan penampilan lelaki alfa bulan ini.

Masih menggunakan wangian yang sama sejak tahun lalu? Sudah tiba masanya untuk anda meningkatkan penampilan diri dengan minyak wangi yang terbaharu. Bulan ini, GLAM Lelaki membariskan 5 wangian terbaharu yang ada boleh cuba untuk melengkapkan gaya lelaki alpha.

Selain pakaian dan rambut, wangian kini menjadi item wajib yang perlu ada untuk melengkapi penampilan keseluruhan lelaki semasa. Ia mampu untuk memberikan impak yang tidak boleh dilupakan oleh wanita dan teman, selain dapat mencerminkan aura dan personaliti anda nanti.

Dari Calvin Klein kepada Hermes, setiap wangian mempunyai karakter yang tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan akan memberikan keunikan nota pada setiap semburan minyak wangi. Tambahan pula, apabila haruman tersebut bersatu dengan kulit dan peluh anda, ia akan menghasilkan haruman yang luar biasa. Oleh itu, pastikan anda menyemburkan pada kulit anda untuk menikmati bauan yang sebenar.

Berikut adalah 5 minyak wangi terbaharu yang anda boleh cuba untuk meningkatkan penampilan lelaki alfa bulan ini:

1. CELINE ZOUZOU daripada Celine Haute Parfumerie

celine zouzou

Nota utama: Benzoin, Tonka bean, patchouli, labdanum, vanilline, dan musk.

Harga: –

Boleh didapati di sini.

 

2. Tubéreuse Astrale daripada Maison Crivelli

maison crivelli

Nota utama: Tuberose, osmanthus, dan carrot seed essential oil.

Harga: RM 1,350.00 (50ml)

Boleh didapati di sini.

 

3. CK Eternity Aromatic Essence for Men daripada Calvin Klein

ck eternity men

Nota utama: Juniper Berries, Sichuan Pepper, lemon, kelapa, lavender, Guatemalan Cardamom, Virginian Cedar dan Patchouli.

Harga: RM 479.00 (100ml)

Boleh didapati di sini.

 

4. Terre D’HERMÈS Eau Givrée daripada Hermes

Terre D’HERMÈS Eau Givrée

Nota utama: Citron, Juniper Berries, Timur, woody dan mineral.

Harga: –

Boleh didapati di sini.

 

5. Kirkè daripada Tiziana Terenzi

tiziana terenzi

Nota utama: Buah markisah, pic, raspberri, cassis, pear, warm sand, Lily of the Valley, heliotrope, sandalwood, vanilla, patchouli, dan musk

Harga: RM 1035.00 (100 ml)

Boleh didapati di sini.

 

Baca lebih lanjut: 10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

hermes h24

H24 HERBES VIVES EAU DE PARFUM, WANGIAN BAHARU HERMES UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut
celine Malaysia

RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
bright Calvin klein

BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023

Bacaan Lanjut
Calvin klein underwear

BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU

Bacaan Lanjut