Skip to content

10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE

Kongsikan artikel ini

Trove melancarkan butik perdana terbaharu yang terletak di The Exchange TRX dengan himpunan minyak wangi avant-garde dari jenama terbaik di dunia.

Terletak di destinasi beli-belah utama Kuala Lumpur, Trove memperkenalkan butik perdana terbaharu bagi jenama kecantikan mewah ini. Dengan seluas 1,600 kaki persegi, butik dengan rekaan unik di The Exchange TRX ini memukau pengunjung dengan membawa setiap langkah ke alam kecantikan yang sofistikated. Trove bukan hanya sekadar satu destinasi malah ia adalah kembara kemegahan deria.  Setiap kunjungan menjanjikan pertemuan yang menarik, menerusi pilihan penggunaan wangian avant-garde serta terbaik di dunia bersama eliksir mengujakan.

trove trx

Konsep butik Trove ini dirungkaikan sebagai satu perjalanan tersusun dengan semangat lautan. Di sini, intipati pulau terpencil menanti pengunjung, bermandikan suar cahaya yang menerangi khazanah tersembunyi. Kemuncak kembara di TroveThe Exchange TRX memberikan tafsiran moden tentang gua yang sebenarnya penuh dengan khazanah.

Saat melangkah masuk ke butik ini, setiap deria anda serta-merta dirangsang dengan suasana hangat dan persekitaran yang menarik. Ia mengingatkan kepada gua penuh khazanah yang belum diterokai. Pandangan pasti akan tertarik pada ruang tengah yang memaparkan beberapa himpunan unik Trove. Daripada produk penjagaan rambut sehinggalah kepada barangan kaca yang elegan. Suasana di dalam butik nyata penuh bertenaga yang mengundang pengunjung untuk terus meneroka keseluruhan ruang dalamannya serta menjanjikan penemuan menarik di setiap sudut.

trove trx

Trove membariskan puluhan jenama yang tidak boleh didapati di butik lain. Di sebalik koleksi yang digemari oleh kalangan selebriti di seluruh dunia, beberapa himpunan yang berjaya mengukir namanya dalam alam kecantikan serba mewah. Ini bukan sekadar produk konvensional, tetapi ia mewakili hasil keberkesanan dan daya tarikan tertinggi, yang didambakan setiap pengikut setianya.

Berikut adalah 10 jenama wangian yang boleh didapati di butik perdana Trove yang terletak di The Exchange TRX:

1. Etat Libre d’Orange

Etat Libre d’Orange

2. Chasing Scents

Chasing Scents

3. The House of Oud

The House of Oud

4. Moresque

Moresque

5. Lubin Paris

Lubin Paris

6. Le Galion

Le Galion

7. Ormonde Jayne

Ormonde Jayne

8. Mendittorosa

Mendittorosa

9. Zoologist

Zoologist

10. Tauer Perfumes

Tauer Perfumes

 

Butik Trove yang pertama terletak di Starhill Gallery, manakala butik kedua terletak di Pavilion Damansara Heights. Atau boleh didapati secara atas talian di sini.

 

Baca lebih lanjut: KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut
Descente TRX

DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Salomon Malaysia

SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM

Bacaan Lanjut
Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut

12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024

Bacaan Lanjut