Skip to content

BAFTA TV AWARDS 2024: FESYEN KARPET MERAH SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI

BAFTA TV AWARDS 2024: FESYEN KARPET MERAH SELEBRITI PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

BAFTA TV Awards atau British Academy Television Awards yang berlangsung di Royal Festival Hall, London pada 13 Mei lalu meriah dengan kehadiran bintang ternama.

Dihoskan oleh Romesh Ranganathan dan Rob Beckett buat dua tahun berturut-turut, anugerah ini memberi penghormatan kepada rancangan televisyen Britain cemerlang pada tahun 2023.

Karpet merah tahun ini hangat dengan kehadiran selebriti dalam gaya segak dan anggun yang mencuri perhatian lensa kamera. Rata-rata bintang lelaki memilih stail selamat dengan menggayakan sut rona gelap. Selebriti wanita pula kebanyakkannya tampil dalam gaya feminin dan memukau mata.

Lihat stail bintang Hollywood di BAFTA TV Awards tahun ini

 

Jeff Goldblum segak dalam sut serba hitam.

BAFTA TV Awards

 

Elizabeth Debicki menggayakan jumpsut biru tua daripada Giorgio Armani Privé.

2024 bafta tv awards

 

David Tennant menggayakan sut hitam dengan perincian flora di bahagian bahu dan lengan.

 

Shalom Brune-Franklin manis dalam gaun pendek berkolar Miu Miu.

 

Freddie Fox menyuntik elemen ceria pada sut gelap dengan sapu tangan berwarna-warni.

 

Helena Bonham Carter berjalan di karpet merah dalam gaun berkorset cetakan flora Vivienne Westwood.

 

Martin Freeman menyarung tuksedo biru bertekstur bersama celana hitam.

 

Nico Parker kelihatan chic dalam gaun serba hitam Chanel.

 

Dominic West tampil ringkas namun mencuri perhatian kala muncul di karpet merah BAFTA TV Awards.

 

Jasmine Jobson berseri dalam gaun perak berkilauan daripada Louis Vuitton.

bafta tv awards 2024

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: MOMEN FESYEN SELEBRITI DI COACHELLA 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024

GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024

Bacaan Lanjut
STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024

STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024

Bacaan Lanjut
10 GAYA TERBAIK BINTANG HOLLYWOOD DI BET AWARDS 2024

10 GAYA TERBAIK BINTANG HOLLYWOOD DI BET AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
FESYEN LELAKI TERBAIK DI KARPET MERAH TONY AWARDS 2024

FESYEN LELAKI TERBAIK DI KARPET MERAH TONY AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
SENARAI PENUH PENCALONAN & PEMENANG BAFTA TV AWARDS 2024

SENARAI PENUH PENCALONAN & PEMENANG BAFTA TV AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
GAYA SELEBRITI TERBAIK DI NAACP IMAGE AWARDS 2024

GAYA SELEBRITI TERBAIK DI NAACP IMAGE AWARDS 2024

Bacaan Lanjut