6 FESYEN LELAKI PALING DIINGATI DALAM SEJARAH GRAMMY
Stail selebriti antara aspek yang paling mencuri perhatian apabila munculnya musim anugerah, begitu juga di Grammy.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1959, karpet merah Anugerah Grammy sentiasa diserikan dengan penampilan selebriti dalam persalinan segak dan berani.
GL bariskan beberapa gaya karpet merah paling ikonik di Anugerah Grammy
1. Michael Jackson
Foto: Getty Images
‘Raja Pop’ ini menggayakan jaket tentera, satu sarung tangan putih dan cermin mata hitam di anugerah 1984 yang merupakan trademark fesyennya sepanjang zaman. Ia direka oleh pereka kegemarannya selama bertahun-tahun, Michael Bush yang turut mendedahkan penyanyi itu amat meminati fesyen Diraja Britain.
2. Prince

Foto: Getty Images
Prince membuktikan tiada siapa mampu mengatasi gaya rangginya di anugerah 1988 dengan menyarung sut polka dot bersama but tumit tinggi. Walau gagal membawa pulang sebarang trofi, dia mengukuhkan legasinya dalam industri fesyen Grammy dengan persalinan unik.
3. Kanye West

Foto: Pinterest
Penyanyi berusia 48 tahun ini tidak pernah takut mengambil risiko untuk tampil berbeza di karpet merah, begitu juga di anugerah Grammy 2006. Dia menyarung sut ungu bersama kemeja dan sarung tangan putih, tidak ketinggalan cermin mata chrome.
4. Billy Porter
Foto: Getty Images
Pelakon dan penyanyi ini memilih gaya unik ke Grammy 2020 dengan menyarung jumpsut mewah labuci rekaan Scott Studenberg bersama topi bertirai yang boleh dibuka secara automatik bagi mendedahkan wajahnya.
5. Lil Nas X
Foto: Getty Images
Penampilan pertama Lil Nas X di anugerah 2020 mencuri perhatian ramai. Persalinan merah jambu neon ala koboi yang disarungnya merupakan rekaan Versace.
6. Harry Style

Foto: Getty Images
Boa bulu rona ungu yang digayakan Harry di karpet merah Grammy 2021 hangat diperkatakan peminat fesyen. Dia turut mengenakan gaya serupa ketika mempersembahkan lagu Watermelon Sugar di atas pentas.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 6 GAYA KARPET MERAH PASANGAN SELEBRITI YANG PALING DIINGATI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.











