GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024
Salah satu acara perfileman berprestij, Festival Filem Venice kembali untuk meraikan naskah antarabangsa terbaik buat tahun 2024.
Tahun ini, Festival Filem Venice ke-81 dianjurkan dari 28 Ogos hingga 7 September. Acara ekstravaganza ini kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.
Jika tahun lalu festival ini terkesan dek mogok SAG-AFTRA, tahun ini ia berlangsung lebih meriah dengan kehadiran bintang ternama. Karpet merah diserikan dengan penampilan selebriti dalam persalinan segak dan anggun.
Festival ini dibuka dengan tayangan filem sekuel arahan Tim Burton yang ditunggu-tunggu, Beetlejuice Beetlejuice. Barisan pelakon sepert Michael Keaton, Willem Dafoe, Jenna Ortega, Winona Ryder dan Monica Bellucci muncul di karpet merah dengan fesyen memukau mata.
Hari-hari seterusnya menyaksikan kehadiran pelakon berbakat besar lain di karpet merah. Ini termasuk Angelina Jolie dan Pierfrancesco Favino untuk filem Maria, serta Nicole Kidman, Harris Dickinson dan Antonia Banderas untuk filem seram Babygirl.
Antara filem hebat lain yang dipersembahkan dengan kehadiran barisan pelakonnya adalah The Order (Jude Law, Nicholas Hoult), Wolfs (Brad Pitt, George Clooney), The Room Next Door (Tilda Swinton, Julianne Moore). Tidak lupa juga Queer (Luca Guadagnino, Daniel Craig) dan Joker: Folie à Deux (Lady Gaga, Joaquin Phoenix).
Di karpet merah, peminat disajikan dengan fesyen hebat daripada barisan bintang terkenal. Selain penampilan individu, gaya power couple turut mencuri perhatian.
Lihat fesyen berpasangan terbaik di Festival Filem Venice tahun ini
Rachel Weisz & Daniel Craig

Amal Alamuddin & George Clooney

Adrien Brody & Georgina Chapman

Brad Pitt & Ines de Ramon
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(1130x0:1132x2)/brad-pitt-ines-de-ramon-venice-wolfs-premiere2-090124-40f24a9a6970424eb82063cecdeb8c22.jpg)
Willem Dafoe & Giada Colagrande
Richard Gere & Alejandra Silva

Rami Malek & Emma Corrin

Justin Theroux & Nicole Brydon Bloom
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(524x119:526x121)/Justin-Theroux-Nicole-Brydon-Bloom-Venice-Film-Festival-082824-1-6e255a0dfdc94d05bbfc45dd866dad27.jpg)
Jamie Bogyo & Marisa Abela

Tim Burton & Monica Bellucci

Foto: Hello! Magazine/Getty Images
Pautan berkaitan: 12 STAIL BERPASANGAN TERBAIK DI MET GALA 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
POWER COUPLE DI MALAYSIA: 6 PASANGAN YANG MENJADI TUMPUAN RAMAI
Power couple di Malaysia cukup ramai dalam kalangan pasangan selebriti dalam industri. Setiap dari mereka cukup menawan dan ikonik.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











