Skip to content

celine Malaysia

RITUAL MANDIAN CELINE DENGAN KOLEKSI COLOGNE CÉLESTE

Kongsikan artikel ini

Rumah fesyen Paris, Celine memperkenalkan rangkaian Cologne Céleste oleh Hedi Slimane yang merangkumi cologne, minyak badan, sabun mandi, lilin dan banyak lagi.

Mandi bukan sahaja satu aktiviti yang dilakukan untuk membersihkan diri, ia adalah ritual seni yang dapat memberikan ketenangan fizikal dan mental. Dalam merakamkan ritual mandi cara Parisian, Celine memperkenalkan rangkaian produk badan dan mandian yang dinterpretasi oleh Pengarah Kreatif, Hedi Slimane. Rangkaian Cologne Céleste terbaharu ini merangkumi cologne, minyak badan, sabun mandi, lilin dan banyak lagi.

celine Malaysia

Meneruskan pelancaran sabun buku yang dilancarkan pada Jun tahun lalu, rumah fesyen Paris itu menampilkan rangkaian mandian dan badan Eau de Cologne yang universal dan menenangkan. Ia merangkumi tiga jenis produk berbeza. Setiap satunya membiaskan haruman olfaktori signature pada Cologne Céleste.

Kali ini, Celien melancarkan L’huile Céleste yang merupakan minyak urutan untuk badan dan rambut. Le Lait Céleste Pour Le Bain pula adalah sabun mandian milk bath yang mewangi. Manakala, Le Savon Solide Parfumé pula merupakan sabun buku wangian yang terbaharu.

Ritual Mandian Parisian Dengan Celine Cologne Céleste

Selari dengan himpunan haute parfumerie sebelum ini, wangian ini mengambil inspirasi daripada journal olfaktori milik Hedi Slimane. Dia menceduk memori silam dari zaman kecil di kota Paris sebagai inspirasi untuk rangkaian terbaharu ini. “Bathing is an essential gesture that systematically plunges me back into the gentle and soothing atmosphere of childhood,” kata Hedi Slimane.

celine cologne celeste

Cologne Céleste memberikan penghormatan kepada tradisi Eau de Cologne dan warisannya. Komposisi kandungan dan ketulenan dibiaskan daripada latar Perancis dan Itali. Cologne ini menampilkan nota-nota wangian daripada orange blossom, angelica, esen sweet lemon, petitgrain, neroli, ambrette, dan juga orris butter. Lantas memberikan haruman yang elegan dan mewah.

Kod Desain Celine Haute Parfumerie

Koleksi ini memperkenalkan rekaan botol baharu yang bermain dengan kod Celine Haute Parfumerie. Seperti karya seni, penutup metal hitam menampilkan ukiran laser logo Triomphe. Kini, kamar mandi akan kelihatan lebih elegan dan mewah dengan koleksi terbaharu ini.

Cologne Céleste boleh digunakan dengan dua cara berbeza. Ia boleh disapukan pada badan selepas mandian dalam melengkapkan ritual grooming yang menyegarkan. Atau juga sebagai semburan yang lebih klasik seperti wangian eau de parfum.

celine candles

Celine turut memperkenalkan koleksi lilin Illuminations yang akan melengkapi seni dekorasi ruang tamu ataupun kamar bilik. Terdapat enam haruman, lilin ini turut diinspirasikan daripada journal olfaktori daripada Hedi Slimane. Rangkaian gaya hidup terbaharu daripada Celine ini boleh didapati secara atas talian di celine.com.

 

Baca lebih lanjut: BOSS FRAGRANCE RAI ULANG TAHUN KE-25 DENGAN WANGIAN BOSS BOTTLED ELIXIR BAHARU

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Henry Jacques Malaysia

HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000

Bacaan Lanjut
hermes h24

H24 HERBES VIVES EAU DE PARFUM, WANGIAN BAHARU HERMES UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 WANGIAN TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut
boss elixir

BOSS FRAGRANCE RAI ULANG TAHUN KE-25 DENGAN WANGIAN BOSS BOTTLED ELIXIR BAHARU

Bacaan Lanjut

PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023

Bacaan Lanjut
Montblanc Explorer Platinum

SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU

Bacaan Lanjut