Skip to content

6 PASANGAN KERABAT BRITAIN YANG BUKAN DARI KALANGAN DIRAJA

6 PASANGAN KERABAT BRITAIN YANG BUKAN DARI KALANGAN DIRAJA

Kongsikan artikel ini

Kerabat Britain meraih banyak liputan media, namun kadangkala pasangan merekalah yang paling banyak mencuri perhatian dunia.

Contoh paling dekat adalah isteri Putera William dan Putera Harry, Puteri Kate Middleton dan Meghan Markle. Daripada pilihan fesyen kepada kehidupan pra-Diraja, gerak-geri kerabat dari kalangan rakyat biasa amat menarik perhatian ramai. Ini kerana mereka pernah melalui kehidupan biasa sama seperti kita.

Sama ada anda peminat The Crown atau tidak, pasti anda sudah biasa dengan beberapa nama yang menyertai keluarga Diraja seperti Permaisuri Camilla, Puteri Kate Middleton dan Meghan Markle.

Berikut beberapa lagi individu biasa yang bergelar kerabat Britain melalui ikatan perkahwinan

 

1. Sophie, Duchess of Edinburgh

Pasangan: Putera Edward, Duke of Edinburgh

Foto: Getty Images

Sophie, 58, berkahwin dengan Putera Edward, 59, adik bongsu Raja Charles ini sejak tahun 1999. Sebelum menyertai keluarga Diraja Britain, dia bekerja dalam bidang perhubungan awam. Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan berusia 20 tahun, Lady Louise Windsor.

 

2. Timothy Laurence

Pasangan: Anne, Princess Royal

Foto: Musicmundial

Anak kedua dan puteri tunggal Ratu Elizabeth II dan Putera Philip ini mendirikan rumah tangga dengan Timothy Laurence, 68 pada 1992. Timothy merupakan pengiring Diraja Ratu dari tahun 1986 hingga 1989. Kini berusia 73 tahun, Anne memiliki dua anak, Zara Tindall dan Peter Phillips hasil perkongsian hidup dengan suami pertama, penunggang kuda British Mark Phillips. Perkahwinannya dengan Timothy tidak dikurniakan cahaya mata.

 

3. Birgitte van Deurs Henriksen, Duchess of Gloucester

Pasangan: Putera Richard, Duke of Gloucester

Foto: Pinterest

Berasal dari Denmark, Birgitte berkahwin dengan Putera Richard, 79 pada 1972. Sama seperti Ratu Elizabeth, Putera Richard merupakan salah seorang cucu George V. Pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata.

 

4. Katharine, Duchess of Kent

Pasangan: Putera Edward, Duke of Kent

Foto: Getty Images

Duchess of Kent jarang membuat penampilan umum, tetapi tahun ini dia melangkah keluar untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-62 dengan suaminya, Putera Edward. Katharine, 90 dan Putera Edward, 88 bergelar suami isteri sejak 1961. Mereka mempunyai tiga cahaya mata dan salah seorang cucu mereka, Lady Amelia Windsor kini mencipta nama sebagai model dan aktivis alam sekitar.

 

5. Edoardo Mapelli Mozzi

Pasangan: Puteri Beatrice

Kerabat Britain

Foto: Getty Images

Puteri Beatrice, 35 secara teknikalnya bukanlah anggota kanan, bagaimanapun dia telah menjadi kerabat Diraja Britain selama bertahun-tahun. Anak perempuan Putera Andrew dan bekas isteri, Sarah Ferguson berkahwin dengan Edoardo Mapelli Mozzi, 39 pada 2020. Menurut Town & Country Magazine, Edoardo merupakan ketua pegawai eksekutif firma hartanah.

 

6. Jack Brooksbank

Pasangan: Puteri Eugenie

Kerabat Britain

Foto: Getty Images

Adik Puteri Beatrice iaitu Puteri Eugenie, 33, berkahwin dengan Jack Brooksbank, 37 pada 2018. Menurut Standard Evening, Jack pernah bekerja sebagai Pengurus Komersial Eropah untuk jenama minuman keras George Clooney, Casamigos.

 

Pautan berkaitan: 5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER

Bacaan Lanjut
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?

MENGAPA PUTERA WILLIAM & KELUARGA SERING MENYARUNG PERSALINAN BIRU?

Bacaan Lanjut
5 FAKTA MENGENAI MILENIAL TERKAYA UK, DUKE OF WESTMINSTER HUGH GROSVENOR

5 FAKTA MENGENAI MILENIAL TERKAYA UK, DUKE OF WESTMINSTER HUGH GROSVENOR

Bacaan Lanjut
MAKNA ISTIMEWA DI SEBALIK NAMA ANAK KEDUA PUTERI EUGENIE & JACK BROOKSBANK

MAKNA ISTIMEWA DI SEBALIK NAMA ANAK KEDUA PUTERI EUGENIE & JACK BROOKSBANK

Bacaan Lanjut