ETIKA PEMAKAIAN CINCIN BUAT SEORANG LELAKI
Cincin sering kali dikaitkan dengan wanita namun tidak terkecuali buat lelaki. Bila bercakap mengenai cincin untuk lelaki, pastinya ia adalah cincin perkahwinan yang kebiasaannya menjadi statement bahawa si pemakai sudahpun berpunya mahupun berkeluarga.
Namun, ada juga pemakai yang memakai sekadar eksesori mahupun mengikut trend semata. But, what kind of rings are you wearing? If so, what style? What type of ring? Which finger?
Mesej dan simbolism
Realitinya, pemakaian cincin ibarat penghantaran sebuah mesej. Pemakaian cincin untuk lelaki bukan perkara baru. Ia sudahpun berlaku sejak beribu tahun lalu.
Mesej yang ingin disampaikan melalui pemakaian cincin juga tidak terbatas kepada status seseorang. Ia juga merangkumi kekayaan, komitmen, personaliti mahupun persatuan (kelab).
Kanan atau kiri?

Foto: Pexels
Persoalan yang sering kali berbangkit sama juga seperti pemakaian jam tangan. Ingin disarung pada jari tangan kiri atau kanan? Is there any rule for it?
Tiada peraturan jelas sebenarnya namun ada dari tradisi suku kaum tertentu yang tegar dengan soal ini. Contohnya, kebanyakkan lelaki Amerika Syarikat memakai cincin perkahwinan mereka di jari manis tangan kiri mereka.
Namun, ramai berpendapat tangan kanan secara umumnya dilihat sebagai “fizikal” – aktif, dominan yang mengekori gerak isyarat badan anda. Tangan kiri pula dianggap sebagai tangan “mental”, yang mewakili watak dan kepercayaan anda.
Ingin percaya? Terpulang pada anda. Nasihat kami, don’t be afraid to go your own way.
Lima panduan pemakaian cincin untuk lelaki
- Every rings send a massage. Ia secara automatik menghantarkan signal tertentu dari pemakai kepada yang melihat.
- How confident are you? Itu persoalannya. Sekiranya anda tidak yakin mahu tidak jelas dengan niat anda untuk memakai cincin, abaikan saja. Jangan semata hanya untuk menunjuk dan bermegah sehingga membuatkan anda rimas nanti.
- Ikut saiz jari anda. Sama jua seperti anda menyarungkan seluar. Pastikan jari anda betul-betul kena dengan saiz cincin yang ingin disarungkan.
- Perlu bijak seimbangkan kan antara cincin dengan aksesori lain. Jangan pula anda memakai gelang, jam tangan dan cincin pada satu tangan yang sama. It looks crowded.
- Kesepadanan logam antara cincin perlulah sama dengan kulit sang pemakai. Pilih cincin mengikut tona kulit.
Celeberiti lelaki yang terkenal dengan pemakaian cincin

Johhny Depp

David Beckham

Zayn Malik

Justin Timberlake
Teks Wan Mohd Firdaus
Pautan berkaitan: 5 JENIS SELUAR YANG PERLU DIMILIKI SETIAP LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











