TIP PEMILIHAN STRAP YANG BETUL UNTUK JAM TANGAN LELAKI
Jam tangan dan lelaki sukar untuk dipisahkan. Sekiranya wanita bergantung kepada barang kemas, jam tangan pula adalah aksesori utama buat sang lelaki. Namun, pemakaian jam tangan sering kali dianggap remeh khususnya buat kaum adam. Anggapan mereka, hanya sarungkan jam tersebut di pergelangan tangan, and they are good to go! Anda silap. Sebagai contoh, strap atau tali jam direka menggunakan bahan yang berbeza-beza. Yang pasti, tidak semua strap bersesuaian dengan suasana dan acara tertentu. Jadi, mana yang sesuai? GLAM Lelaki ada butirannya.
1. GETAH
Strap yang diperbuat dari getah (rubber) sangat sesuai digunakan untuk kegiatan luar atau sukan. Ini kerana getah tidak menyerap peluh dan mengurangkan risiko jam tangan berbau. Namun, banyak lagi bahan yang perlu anda ambil tahu.
2. KANVAS
Strap kanvas lebih ringan dan agak berkain. Amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti kasual yang tidak berpeluh.
3. NYLON
Penggunaan hampir sama seperti strap kanvas, sangat sesuai untuk acara-acara kasual serta outing.
4. KULIT (LEATHER)
Pada dasarnya, ia sesuai digunakan pada acara formal, semi formal, namun tidak mengapa jika anda memakainya pada acara casual.
5. BESI (STAINLESS STEEL)
Ya, pemakaian strap besi wajib untuk acara formal. Namun uniknya, ia juga bisa dikenakan untuk acara kasual. Namun, dielakkan sewaktu aktiviti bersukan. Aktiviti luar serta sukan menuntut anda untuk bergerak bebas dan pantas. Besi kurang lentur dan tidak seperti getah, sedikit sebanyak ia akan memberi impak dalam rutin dan persembahan anda sewaktu bersukan. Malah, ia berat dan tidak selesa.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS
Rado melancarkan siri DiaStar Original Skeleton dengan tiga warna musim panas bertenaga. Ketahui kehebatan enjin Swiss kaliber R808 di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.












