IMRAN AQIL ILHAMKAN LAGU BUNGA DAHLIA KEJUTAN BUAT DAHLIA RIZAL
Pelakon, penyanyi dan penyampai radio, Imran Aqil mencipta lagu istimewa berjudul Bunga Dahlia sebagai tanda penghargaan buat isterinya Dahlia Rizal.
Lagu hasil ciptaan Imran Aqil bersama komposer dan penyanyi, Aiman Sidek ini dilancarkan pada 24hb September 2023 selepas majlis pernikahan pasangan merpati sejoli ini.
Diterbitkan oleh 4U Entertainment, lagu Bunga Dahlia merupakan kolaborasi susulan selepas Imran membintangi muzik video lagu Cinta Sejati, ciptaan dan nyanyian Aiman Sidek yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 15 juta di saluran Youtube 4U Entertainment. Imran juga membuat penampilan dalam lagu Bunga Dahlia tersebut melalui sebuah puisi khas buat isterinya yang tercinta.
IMRAN AQIL ILHAMKAN LAGU BUNGA DAHLIA KEJUTAN BUAT ISTERI DAHLIA RIZAL

Lagu Bunga Dahlia ditulis sebagai curahan hatinya kepada isteri tercinta, Dahlia Rizal sebelum meraka berkahwin. Kini, mereka telahpun menjadi pasangan yang sah membuatkan setiap bait dalam lagu ini menjadi semakin bermakna kepada Imran untuk Dahlia. Imran juga berharap agar semua netizen dapat mendoakan kebahagiaan mereka sampai ke hujung nyawa, seperti yang dititipkan dalam bait-bait lagu ini.

Aiman Sidek yang merupakan penyanyi dan penulis bersama lagu ini berkata Bunga Dahlia merupakan sebuah karya cinta yang ditulis untuk pasangan bahagia ini. Ia berkisar tentang keinginan seorang pencinta yang mencurahkan segala rasa dan perasaannya kepada kekasih hatinya, Dahlia yang dimetaforakan sebagai sekuntum bunga yang sentiasa mekar dalam jiwa yang mencintainya, iaitu Imran.

Imran Aqil selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati beliau, Dahlia Rizal, seorang pempengaruh media sosial yang juga terkenal sebagai seorang model untuk koleksi hijab, pada 9 September 2023 yang lalu selepas hampir lebih setahun pertunangan mereka.
“Lagu Bunga Dahlia merupakan hasil karya bersama seorang personaliti muda yang sangat rendah diri dan menghormati orang sekelilingnya. Seusai pertunangan Imran pada tahun lepas, kami telah mengadakan perbincangan dengan Imran untuk menjayakan kejutan bermakna sempena perkahwinan mereka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” menurut Meor Alfaizal dan Raja Azraff yang merupakan Penerbit Eksekutif bagi pihak 4U Entertainment.
Artikel berkaitan: Nabil Aqil & Aniq Suhair – Hero TV Baharu Malaysia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.











