Skip to content

Blink

“TIDAK SEMUA LELAKI ADALAH CHAUVINISTIC” – BLINK #GLALPHAMEN2023

Kongsikan artikel ini

Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Lau Hoe Yin atau lebih dikenali Blink sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan DJ dan usahawan berjaya di Malaysia.

Bagi tahun 2023, GLAM Lelaki meraikan individu yang memegang posisi terkemuka dan dominan dari pelbagai bidang yang berbeza. Dari fesyen kepada sukan, mereka merupakan “Our Heroes”. GLAM Lelaki menamakan DJ Blink sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang menyerlah dalam kerjayanya yang penuh dengan warna-warni. Blink adalah rakyat Malaysia pertama bersama Goldfish yang membuat persembahan di Festival Tomorrowland pada 2017. Ia salah satu pentas yang paling hebat untuk mana-mana DJ.

“TIDAK SEMUA LELAKI ADALAH CHAUVINISTIC” – BLINK #GLALPHAMEN2023

Ikuti temu bual ekslusif bersama Blink bersempena dengan GLAM Lelaki Alphamen 2023:

Blink

Jam tangan & beg bimbit, MONTBLANC. Baju panas dan seluar, H&M.

1. Apakah perkembangan terkini anda?

Perkembangan terbaru saya akan membuat persediaan untuk persembahan solo saya sendiri untuk tempat di luar persekitaran kelab. Saya menantikannya kerana sebahagian daripada penonton saya masih tidak dapat pergi ke kelab. Ia akan menjadi lebih baik untuk mempunyai semua orang di persembahan saya.

2. Tema untuk Alphamen 2023 ialah ‘Our Heroes’. Apakah erti hero bagi anda? Dan siapakah hero yang memberi inspirasi untuk menjadi siapa anda hari ini?

Hero saya akan sentiasa menjadi nenek saya. Kerana caranya yang menyara keluarga dan bagaimana dia membina legasinya sendiri. Etika kerja dan semangatnya untuk apa yang dia lakukan memberi saya inspirasi setiap hari.

3. Apakah definisi Alphamen kepada anda?

Alphamen bagi saya adalah karakter yang kuat dan tahu cara untuk memimpin kumpulan. Bagi saya secara peribadi, saya rasa cara kita bekerja telah berubah mengikut masa jadi mengetahui cara memimpin adalah satu faktor yang sangat penting.

4. Bagaimana anda mentakrifkan maskuliniti dalam dunia moden hari ini?

Saya rasa ia sangat fluid sekarang, lelaki memakai pakaian wanita, memakai solekan dan saya berpendapat it’s totally fine. Sekali lagi, ini tentang keyakinan. apa sahaja yang kita bawa, sama ada pakaian atau personaliti yang kita miliki untuk memilikinya.

5. Apakah stigma tentang lelaki yang anda ingin ubah?

Bahawa tidak semua lelaki adalah chauvinistic?

Blink

Jacket, Berluti.

6. Bagaimana anda mula menjadi DJ?

Saya mula menjadi seorang DJ pada kali pertama saya menyertai acara sambutan hangat di sebuah kelab besar yang merupakan pawagam. Persekitarannya sangat inklusif pada masa yang sama eksklusif, ia istimewa. Untuk melihat, seorang lelaki bermain muzik dan mengawal perjalanan untuk seluruh bilik adalah sesuatu yang sangat luar biasa kepada saya.

7. Siapa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi diri anda hari ini?

Saya rasa proses growing up memainkan peranan yang besar dalam diri saya. Jadi pastinya keluarga diutamakan dalam hal ini, dan kemudian semua mentor dan bekas bos yang saya temui sepanjang perjalanan karier. Sama ada perkara yang baik atau buruk kita masih belajar daripada proses itu jadi semua orang telah memainkan peranan dalam perkara ini.

8. Apakah bahagian yang paling menggembirakan menjadi seorang DJ?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Menyertai kebanyakan event atau kelab tanpa cover charge?

9. Satu nasihat yang ingin anda kongsikan kepada generasi baru yang ingin menjadi DJ seperti anda?

Saya fikir kesabaran adalah kunci dan juga konsisten. Sesetengah yang bertuah mungkin mengambil masa yang singkat tetapi ada yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk capai. Laluan setiap orang akan berbeza jadi kita tidak boleh membandingkan, dan jika kita suka apa yang kita lakukan, mengapa berhenti pada bila-bila masa.

10. Apa yang seterusnya untuk Blink?

Mungkin online retail fashion store? Anda mengetahui di sini dahulu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID PENGARAH KREATIF DIGITAL NISA’ HALID PENGURUS PROJEK, PENGARANG & PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN PENGARAH DIGITAL ANIS HANINI PENGURUS KANDUNGAN DIGITAL AMIRA AZMAN PENGARAH SENI AMIRUL ARIFIN PEREKA GRAFIK HILMAN HISHAM FOTOGRAFI EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO VIDEOGRAFI DIGITAL JACKIE JBOMBXOX & SIMON TAN VIDEOGRAFI SYAFIQ SAZALI, ZAKWAN TAUFIQ & AZEEM ANWAR GROOMING SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI PELATIH AMALI ZAHIRAH ZULKHAIRI & NUR NUTAILAH (MSU)

 

Baca lebih lanjut: “HERO MERUPAKAN SEORANG YANG PROMINENT, DISIPLIN DAN PROFESIONALISM” – HISYAM HAMID #GLALPHAMEN2023

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut