Skip to content

FESYEN BERPASANGAN TERBAIK DI ANUGERAH GRAMMY 2024

FESYEN BERPASANGAN TERBAIK DI ANUGERAH GRAMMY 2024

Kongsikan artikel ini

Anugerah Grammy ke-66 yang dihoskan oleh Trevor Noah selama empat tahun berturut-turut berlangsung meriah di Crypto.com Arena, Los Angeles.

Ia memberi penghormatan kepada rakaman, gubahan dan artis terbaik dari 1 Oktober 2022 hingga 15 September 2023. Acara paling mencuri perhatian tentunya kemunculan ikonik bintang Hollywood di karpet merah.

Anugerah Grammy 2024 menyaksikan selebriti hadir dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama. Dua Lipa, Olivia Rodrigo dan Taylor Swift kelihatan anggun dalam gaun feminin menawan. Barisan selebriti lelaki yang tampil segak termasuk Maluma, Ed Sheeran dan Jon Batiste.

Lihat pula gaya pasangan yang mencuri perhatian di Anugerah Grammy 2024

 

Pasangan glamor ini kelihatan chic dalam gaya hampir sedondon. Chrissy Teigen menggayakan gaun mini tanpa lengan rekaan Sophie Couture yang menampilkan korset baldu bersama skirt berperincinan bunga gergasi merah jambu. John Legend pula segak dalam celana dan kemeja bertali leher satin yang dipadankan bersama jaket hitam.

fesyen pasangan selebriti anugerah grammy 2024

Tom Kaulitz tampil serba hitam dari hujung rambut ke hujung kaki. Isterinya, supermodel Heidi Klum anggun dalam gaun hitam meleret yang diperincikan dengan batu berkilauan di bahagian bahu, dada dan pinggang.

Bakal ibu dan bapa ini tampil sedondon dalam persalinan hitam. Sofia Richie menggayakan stail quiet luxury kegemarannya dalam gaun Saint Laurent yang menyerlahkan baby bump miliknya. Elliot Grainge pula tampil klasik dalam sut dan kemeja yang tidak dibutang penuh.

fesyen pasangan selebriti anugerah grammy 2024

Calvis Harris menggayakan sut bercorak rona coklat bersama celana kaki lebar vintaj. Isterinya, Vick Hope yang merupakan penyampai radio memukau dalam gaun berhias manik dan labuci rona perak yang menampilkan belah seksi.

fesyen pasangan selebriti anugerah grammy 2024

Pasangan suami isteri ini memilih tema monokrom kala muncul di karpet merah Anugerah Grammy 2024. Jon Batiste menampilkan kelainan dengan menyarung jaket dan skirt-seluar rona kelabu lembut daripada Versarce. Suleika Jaouad pula kelihatan menawan dalam gaun hitam berperincian bulu, manik dan labuci.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: GAYA KARPET MERAH TERBAIK ANUGERAH GRAMMY 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

GAYA BERPASANGAN TERBAIK DI ACADEMY MUSEUM GALA 2024

Bacaan Lanjut
GAYA KARPET MERAH TERBAIK ANUGERAH GRAMMY 2024

GAYA KARPET MERAH TERBAIK ANUGERAH GRAMMY 2024

Bacaan Lanjut
STAIL PASANGAN HOLLYWOOD TERBAIK DI GOLDEN GLOBES 2024

STAIL PASANGAN HOLLYWOOD TERBAIK DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut
ANUGERAH GRAMMY 2024: SENARAI ARTIS BERBAKAT BESAR YANG TERCALON

ANUGERAH GRAMMY 2024: SENARAI ARTIS BERBAKAT BESAR YANG TERCALON

Bacaan Lanjut
10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

10 MOMEN FESYEN TERBAIK GEORGE CLOONEY & AMAL ALAMUDDIN

Bacaan Lanjut
9 GAYA BERPASANGAN TERBAIK ASAP ROCKY & RIHANNA

9 GAYA BERPASANGAN TERBAIK ASAP ROCKY & RIHANNA

Bacaan Lanjut