Skip to content

ALESSANDRO MICHELE SERTAI RUMAH FESYEN VALENTINO SEBAGAI PENGARAH KREATIF

ALESSANDRO MICHELE SERTAI RUMAH FESYEN VALENTINO

Kongsikan artikel ini

Teka-teki mengenai pengarah kreatif baru Valentino terjawab apabila Alessandro Michele dipilih mengetuai kumpulan kreatif rumah fesyen mewah itu.

Pengumuman itu muncul hanya beberapa hari selepas Pierpaolo Piccioli mengucapkan selamat tinggal kepada Valentino setelah 25 tahun mencipta legasi. Alessandro akan memulakan khidmatnya pada 2 April di ibu pejabat Valentino di Rom, Itali.

“Ini satu penghormatan luar biasa. Saya merasai keterujaan dan tanggungjawab besar dalam menyertai maison de couture yang terukir perkataan ‘cantik’ pada kisah kolektif yang dihasilkan daripada kehalusan dan keanggunan tersendiri,” katanya.

Valentino turut mengumumkan bahawa jenama itu tidak akan mempersembahkan koleksi pakaian lelaki dan haute couture di minggu fesyen yang akan berlangsung pada Jun 2024. Sebagai pengarah kreatif baharu, Alessandro akan membuat penampilan sulung untuk koleksi ready-to-wear Musim Bunga/Panas 2025 di Minggu Fesyen Paris pada bulan September.

Alessandro Michele

Foto: Getty Images

Latar Belakang Kerjaya Alessandro Michele

Pereka berusia 52 tahun ini membuat kemunculan pertama pada penghujung tahun 1990-an dengan menyertai Fendi, di mana dia bekerjasama dengan Karl Lagerfeld dan Silvia Venturini Fendi.

Pada 2002 Alessandro direkrut sebagai pereka aksesori oleh Tom Ford, pengarah kreatif Gucci ketika itu. Dari situ dia menjadi pereka kanan pada 2006 dan pengarah bersekutu pada 2011. Dia bekerjasama dengan pengarah kreatif Frida Giannini sehingga 2015.

Pada Januari 2015, Marco Bizzarri yang baru-baru ini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Gucci, melantik Alessandro sebagai pengarah kreatif menggantikan Frida Giannini. Dia hanya diberi masa seminggu untuk menyiapkan koleksi pertamanya untuk dipentaskan di minggu fesyen.

Sebulan kemudian, dia muncul dengan koleksi pakaian wanita pertamanya untuk Gucci. Ia bericirikan gaya revolusioner dan eksentrik, dengan kecenderungan kuat terhadap estetika tanpa jantina, sekali gus mentakrif era baru Gucci.

Pada 2019, dia turut melancarkan Gucci Beauty dan rangkaian barang kemas pertama jenama itu. Alessandro mengucapkan selamat kepada rumah fesyen Itali itu tiga tahun kemudian pada 24 November 2022.

 

Foto: GQ

Pautan berkaitan: 12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI

12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI

Bacaan Lanjut

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN VALENTINO LE CIEL MEN FALL/WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN FASHION’S FUTURE CHAMELEON, NAZREEM MUSA

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN SINGER SONGWRITER SENSATION, HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
Biz of Re X Portluxe: Beli-belah Untuk Sebab Baik

BIZ OF RE X PORTLUXE: BELI-BELAH AMAL UNTUK ANAK SENI

Bacaan Lanjut

ADIBUSANA JEJAKA, YANG HANGAT FROM COUTURE FW21

Bacaan Lanjut